• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muassasah Asia Tenggara Puji Jemaah Haji & TH

oleh Ahmad Albab
19/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Disiplin diri yang tinggi dalam kalangan jemaah haji Malaysia dan keberkesanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengendalikan operasi haji, terus mendapat pujian dan penghargaan Muassasah Tewafah Asia Tenggara.

Perkara itu dinyatakan Ketua Muassasah Tewafah Asia Tenggara Sheikh Muhammed Amin Hassan Andarqiri pada sidang media bersama Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman di pejabat agensi berkenaan di sini, baru-baru ini.

Sheikh Muhammed Amin berkata jemaah haji Malaysia memang terkenal kerana memiliki disiplin diri yang tinggi dan perlu dicontohi jemaah dari negara lain.

“Sebelum ini, kita mengadakan perbincangan dengan menteri dan wakil menteri (Haji dan Umrah Arab Saud), dia bilang (kata), seluruh jemaah haji ikut (mencontohi) macam jemaah haji Malaysia,” katanya. Turut hadir pada sidang media itu pengurusan tertinggi Muassasah Tewafah Asia Tenggara dan rombongan haji Malaysia.

Muassasah Tewafah Asia Tenggara adalah agensi di bawah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang bertanggungjawab mengendalikan jemaah haji Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang berada di Makkah.

Sementara di Madinah, jemaah haji muassasah Malaysia diuruskan Muassasah Adilla.

Mengulas lanjut, Sheikh Muhammed Amin berkata pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dan banyak belajar daripada pengurusan TH bagi memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.

“Kita bukan bekerja sendiri, hubungan bukan seperti biasa, tetapi sebagai keluarga. Kita bekerjasama dengan TH sebagai satu pasukan, satu mata, satu hati dan satu semangat,” katanya.

Mengenai operasi haji tahun ini, beliau berkata pihaknya telah melakukan beberapa penambahbaikan dari segi kemudahan untuk jemaah haji khususnya ketika operasi masyair, termasuk menggantikan khemah lama yang memberi lebih keselesaan untuk jemaah.

Beliau berkata pihaknya juga memasang permaidani di khemah-khemah jemaah, dan turut menyediakan generator khas bagi membekalkan bekalan elektrik ke penempataan jemaah semasa operasi masyair.

“Jadi kita tidak lagi bimbang mengenai bekalan elektrik untuk keselesaan jemaah. Suhu tahun ini juga mungkin lebih panas daripada tahun lepas,” katanya.

Sheikh Muhammed Amin berkata bagi musim haji kali ini, pihak berkuasa Arab Saudi banyak mengendalikan urusan jemaah haji secara elektronik yang melancarkan lagi operasi berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga menyediakan bas baharu lebih baik bagi membawa jemaah termasuk ketika operasi masyair selain kemudahan hospital yang disediakan pihak berkuasa Arab Saudi khususnya untuk jemaah haji di Makkah, Arafah dan Mina.

Pada musim haji kali ini, agensi berkenaan menguruskan kebajikan, perjalanan, penginapan, sajian makanan serta operasi masyair kepada lebih 300,000 jemaah Asia Tenggara, termasuk 30,200 jemaah haji Malaysia. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd