• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Maaf Buat Kecoh Tumbuk, Berak Di Jepun

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN isu tiga remaja lelaki yang didakwa membuat onar dengan menumbuk dinding homestay dan buang air besar di ruang shower sehingga kisah menjadi viral di Jepun dan Malaysia, salah seorang dari remaja itu tampil membuat permohonan maaf di laman Facebooknya semalam.

Ramadhan Sukrihan membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk kakitangan rumah tumpangan Vitti Lodge & Family, Muhd Abdul Qaiyum selain pihaknya akan bertanggungjawab terhadap kerosakan di tempat penginapan terbabit.

Baca: Melancong Ke Negara Orang, Buat Kecoh Sampai Tular

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) homestay tersebut, Ramadhan dipercayai bertindak kasar terhadap Muhd Abdul Qaiyum sehingga perbuatannya itu mendapat kecaman ramai netizen.

“Saya Ramadhan ingin meminta maaf dari pihak saya yang telah melakukan kecoh di Osaka minggu ini. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya Qaiyum (baju biru) disebabkan saya telah bertindak ganas terhadapnya, selain menggunakan kata-kata kesat. 

“Kami bertiga juga akan bertanggungjawab terhadap yang berlaku dan sedaya upaya membayar apa yang ditanggung pihak pengurusan,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebooknya pada Sabtu malam.

Sementara itu, Ramadhan yang turut dikecam kerana dipercayai membuang air besar di tempat yang tidak sepatutnya, turut memohon maaf di atas perkara itu walaupun mengakui bukan dia yang melakukan perbuatan jijik tersebut.

“Saya sendiri tidak tahu siapa yang melakukannya. Namun terserah untuk percaya atau tidak. Saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik selepas ini dan menjaga akhlak ke mana-mana saya pergi,” kata remaja berusia 18 tahun itu.

Sementara itu, remaja yang menumbuk dinding, Ku Hidayat turut memohon maaf selain telah membayar ganti rugi yang diperlukan oleh mangsa.

Kisah mereka menjadi viral di Jepun apabila pemilik rumah tumpangan itu memuat naik sebuah status mengisahkan kebiadapan pelancong dari Malaysia yang tergamak buang air besar di shower selain menumbuk dinding rumahnya sehingga menyebabkan staf terpaksa membayar RM5,000 di atas kerosakan itu.

Suslan insiden itu, pemilik Vitti Lodge & Family yang terletak di Osaka itu telah mengharamkan kehadiran pelancong dari Malaysia untuk menginap di homestaynya selepas ini.

Sebelum ini pemilik telah pun mengharamkan pelancong dari dua negara iaitu China dan Korea daripada menggunakan perkhidmatan mereka susulan pernah terkena insiden yang sama suatu masa dahulu. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: jepunMalaysiaPelancong
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana muncul juara acara regu berpasukan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd