Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Tendang Wanita…Polis Ambil Serius

LELAKI yang menendang pekerja penghantar makanan wanita di Puchong, Selangor, kelmarin, akan dituduh...

Korban Letupan Paip Minyak...

JUMLAH mangsa yang terkorban dalam letupan saluran paip minyak di negeri Hidalgo, Mexico...

Palanivel Perlu Terima Nasihat...

SUNGKAI - Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan meminta Presiden Datuk Seri G. Palanivel...

Dipukul Dengan Helmet, Rambut...

AKSI pergaduhan tiga wanita di satu perkampungan yang tidak dinyatakan lokasinya menjadi viral...

Misi Serangan Raqqa: Daesh Warga Malaysia Terkepung

LEBIH 40 rakyat Malaysia yang menyertai Daesh dan masih bersembunyi di Raqqa antara sasaran serangan Tentera Syria yang bergabung dengan intilegen AS bagi memulakan serangan terhadap Raqqa.

Sejak sebulan lalu, selepas jatuhnya Allepo sebagai kubu Daesh, lebih 2,000 pejuang idealisme Negara Khalifah itu berundur ke Raqqa yang menjadi kubu terakhir.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan Bahagian Counter Terorism Bukit Aman, 46 warga Malaysia dikenal pasti masih berada di Syria pada Jun 2016.

Manakala 19 yang lain disahkan terbunuh.

Angka 46 itu, turut berkurangan berikutan kematian Ketua Deash Asia Tenggara di Syria, Mohamad Wanddy Mohamad Jedi pada 29 April lalu akibat serangan dron di Raqqa.

Tahun lalu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, terdapat 73 rakyat negara ini dikenal pasti menyertai Daesh di Syria.


19 terbunuh, manakala lapan lagi kembali ke tanahair.

Bukit Aman pasti memberi perhatian pada perkembangan terbaharu di Raqqa yang kini dikepung. Mengikut maklumat, serangan dijangka bermula pada bila-bila masa dan misi merampas semula Raqqa dijangka memakan masa selama empat bulan.

Selain tentera Syria, musuh ketat Presiden Bashar Assad yang disokong AS akan ikut menyertai misi ini. Militan Kurdis YPR dan pemberontak anti Bashar tajaan AS, Pasukan Demokratik Syria (SDF) turut mengepung Raqqa.

Antara 19 rakyat Malaysia yang terbunuh ialah tujuh pengebom berani mati dan 12 lagi maut dibunuh tentera Syria. – MYNEWSHUB.CC

Kategori