Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Maut Dalam...

BELURAN - Seorang pemandu lori maut dan dua kelindannya cedera parah dalam nahas...

Fazura Nafi Terlibat Video...

Belum pun reda isu perbalahan antara pelakon jelita, Nur Fazura dan Sara Ali,...

Virus Rabies Di Serian...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan penularan virus rabies atau anjing...

Mufti Perlis Kecam Pihak...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menuduh pihak berkuasa...

Mayat Nelayan Pertama Hilang Ditemukan

DUNGUN – Mayat seorang daripada empat nelayan yang hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik dipukul ombak lalu karam di muara Kuala Dungun, ditemukan kira-kira 8.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan perkara itu berkata mayat Mohd Nazri Yaccob, 37, dijumpai terapung kira-kira 300 meter dari lokasi bot mereka karam oleh pasukan keselamatan yang meneruskan operasi pencarian pada hari kedua hari ini.

“Operasi pencarian diteruskan pada pukul 8 pagi tadi dengan kekuatan 90 anggota daripada pelbagai agensi termasuk penduduk kampung dan sukarelawan Jabatan Perikanan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ahmad Zailani berkata turut ditemukan, wang tunai berjumlah RM3,965 di dalam poket mangsa dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian pukul 10 malam Rabu lepas, empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka ke Jeti Kuala Dungun terbalik dipukul ombak.

Bagaimanapun, seorang lagi dapat menyelamatkan diri selepas berenang hampir tiga jam ke daratan.

Mangsa yang masih hilang ialah Che Mohd Afendi Che Ismail, 34, Mohamad Zawawi Mohamed, 27, dan Abdul Wahab Zakaria, 44.


Ahmad Zailani berkata setelah mengadakan perbincangan dengan pasukan penyelamat, mereka memutuskan untuk menggunakan kaedah pukat tunda jika mangsa dikesan berada di dasar laut.

“Jika perkara itu berlaku mangsa mungkin akan tersangkut pada pukat yang dipasang itu dan kita akan menariknya menerusi kerjasama dengan nelayan tempatan,” katanya.

Menurutnya usaha pencarian juga turut diperhebatkan lagi dengan bantuan dua aset daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan unit penyelam daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kuantan.

Katanya APMM juga akan melakukan operasi sehingga ke Pulau Tenggol selain bantuan pihak polis yang menggunakan unit udara. – BERNAMA

Kategori