• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Penentu Masa Hadapan Johor – MB

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Golongan mahasiswa diseru agar berusaha lebih keras dalam mencapai apa jua kejayaan baik dari segi pendidikan atau aktiviti kemasyarakatan dalam mempersiapkan diri mereka sebagai pelapis negeri dan negara.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mahasiswa pada hari ini mempunyai peranan penting dalam menggerakkan agenda dan masa hadapan Johor.

“Kerajaan negeri telah berusaha keras memastikan segala bentuk pelaburan dan pembangunan ekonomi Johor pada hari ini adalah untuk kesejahteraan masyarakat pada masa hadapan selain cuba menyelesaikan apa jua masalah rumit yang dihadapi pada hari ini.

“Ini semua kita lakukan agar apabila tampuk kepimpinan kita serahkan kepada pemimpin pelapis ini, mereka tidak perlu berhadapan dengan persoalan rumit kerana semuanya telah diselesaikan oleh pemimpin terdahulu,” katanya ketika berucap pada Majlis Inisiatif Mahasiswa Milenia Johor 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata segala pertumbuhan ekonomi yang sedang berjalan pada hari ini adalah bentuk perancangan jangka panjang kerajaan negeri dalam memastikan mahasiswa terutamanya anak-anak Johor mendapat peluang pekerjaan di dalam negeri ini.

Khaled berkata kerajaan negeri pada hari ini berhasrat untuk menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi baharu bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

“Hasrat kita jelas, untuk itu kita perlukan pemimpin yang berkebolehan untuk kita bersama-sama bergerak di bawah satu pasukan ‘Team Johor’.

“Gagasan Johor Berkemajuan yang kita perkenalkan juga bukan sahaja lihat Johor maju tetapi kita mahu melahirkan masyarakat yang baik, yang bahagia dan sejahtera kerana kemajuan sebenar tidak boleh diukur dengan bangunan pencakar langit, pusat membeli-belah atau projek-projek mega,” jelasnya.

Hadir sama pada program itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Md Jais Sarday, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (Iklas) Johan Arifin Mohd Ropi serta lebih 600 mahasiswa dan mahasiswi anak Johor dari seluruh negeri. – BERNAMA

Tags: Johormahasiswa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd