• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KP Zulkarnain Tak Kisah Berbelanja Beli Jalur Gemilang

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang anggota polis sanggup membelanjakan  sejumlah  wang untuk membeli Jalur Gemilang semata-mata untuk menghiasi  hampir keseluruhan rumahnya bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara.

Koperal Zulkarnain Kasmuri, 54, yang bertugas di Balai Polis Chembong di Rembau mengibarkan Jalur Gemilang itu di kawasan pagar, dinding dan bumbung rumahnya dan tidak terhenti setakat itu, beliau turut menghiasi barangan antik miliknya seperti tepak sirih, kipas buluh dan basikal antik dengan Jalur Gemilang.

Beliau yang menetap di Taman pelangi, Sikamat itu berkata usahanya menghiasi seluruh rumahnya dengan Jalur Gemilang disebabkan minat dan rasa cinta yang mendalam terhadap negara dan ia sekali gus dapat membangkitkan lagi semangat untuk menghayati erti kemerdekaan di samping menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu.

“Pemimpin terdahulu telah memerdekakan tanah air, jadi saya sebagai warga Malaysia meskipun saya tidak pernah bersama para pejuang negara bagi memerdekakan negara satu masa dahulu, namun saya rasa bertanggungjawab untuk menghargai dan menghayati erti kemerdekaan yang telah dikecapi.

“Apabila semua bendera telah digantung, saya akan pastikan semuanya dalam keadaan baik. Mana-mana bendera yang saya dapati rosak, saya akan terus gantikannya dengan yang baharu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata beliau mula menghiasi rumah dengan Jalur Gemilang sejak di bangku sekolah lagi dengan membantu bapanya menggantung bendera di perkarangan rumah dan ia dilakukan setiap tahun dan kini menjadi ikut-ikutan di kalangan jiran-jirannya sehingga diadakan pertandingan menghias rumah sempena Bulan Kemerdekaan.

“Setakat ini, jumlah kos yang telah saya belanjakan untuk aktiviti menghias ini hampir RM1,000 namun ia tidaklah sebesar pengorbanan pemimpin terdahulu yang memerdekan tanah air dan mempertahankan negara daripada terus dijajah,” katanya.

Sementara itu, isteri beliau Zanariah Yusof, 49, berkata ini merupakan rutin suaminya setiap tahun dan beliau akan duduk di hadapan rumah sambil memikirkan idea-idea kreatif untuk menghiasi rumahnya tanpa mengira masa.

“Suami saya amat meminati landskap dan akan menghias rumah ini dengan bendera serta mengumpul barang-barang antik seperti almari lama, seterika dan basikal tua.

“Saya juga ada membantu suami saya menggantung bendera dengan menjahitnya pada payung, songkok dan juga membuat baju serta tanjak,” katanya.

Minat suaminya itu turut mendapat sokongan yang baik daripada anak mereka sendiri dengan cara memuat naik gambar rumahnya itu di laman sosial seperti Facebook dan Instagram. – BERNAMA

Tags: jalur gemilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd