• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Disengat Tebuan

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut disengat kira-kira 30 ekor tebuan berhampiran rumahnya di Kampung Lay Out Tok Has dekat Jertih di sini.

Mangsa, Puteri Nur Aisya Azahar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira 4.30 pagi tadi setelah diserang serangga berkenaan pada 12.45 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Rubiyah Ismail, 45, memberitahu anaknya diserang tebuan ketika sedang bermain seorang diri berhampiran sebuah kedai makan yang sudah tidak beroperasi berhampiran rumahnya.

“Jeritan anak saya yang kesakitan disengat tebuan telah menyedarkan ayah saya (datuk mangsa) yang sedang berbaring di atas tangga rumah saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ayahnya Ismail Mat Ali, 69, kemudian pergi mendapatkan mangsa yang ketika itu dikerumuni tebuan-tebuan berkenaan dan membawanya lari ke atas rumah.

Rubiyah berkata tindakan ayahnya itu menyebabkan warga emas itu turut disengat kira-kira 10 ekor tebuan sebelum segera mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut di sini.

“Anak saya kemudiannya dirujuk ke HSNZ namun pada malam tadi keadaannya semakin tenat apabila doktor memberitahu dia tidak boleh membuang air kecil dan sistem buah pinggangnya tidak berfungsi lagi sebelum meninggal dunia,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Akar selepas waktu zohor tadi. – BERNAMA

Tags: disengat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM

Enam Kanak-kanak Disengat Ubur-ubur Di Perairan Kelantan

03/03/2024
0

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menerima enam kes sengatan ubur-ubur berbisa spesies Physalia Physalis melibatkan enam kanak-kanak...

3,000 Lebah Terlepas Dalam Trak, Pemandu Akhirnya…

08/05/2018
0

CEMAS... Seorang penternak lebah dari North Carolina, Amerika Syarikat berdepan satu pengalaman yang dianggap ngeri oleh kebanyakan orang, tetapi tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd