• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,000 Lebah Terlepas Dalam Trak, Pemandu Akhirnya…

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CEMAS… Seorang penternak lebah dari North Carolina, Amerika Syarikat berdepan satu pengalaman yang dianggap ngeri oleh kebanyakan orang, tetapi tidak bagi dirinya.

Wallace Leatherwood memandu sejauh 40 batu bersama-sama dengan beribu-ribu ekor lebah di dalam traknya, tetapi dia langsung tidak pun disengat.

Leatherwood, Selasa lalu, membeli kira-kira 18,000 ekor lebah dari Wild Mountain Bees di Weaverville dan meletakkannya di bahagian belakang trak.

Tetapi sebelum memandu pulang ke Waynesville, dia berhenti di sebuah restoran tempatan untuk makan tengah hari.

Disebabkan tiada tempat teduh untuk melindungi lebahnya, dia mengambil ketiga-tiga kotak tersebut dan memindahkannya ke dalam trak.

Malangnya Wallace tidak menyedari bahawa salah satu daripadanya tidak ditutup dengan kemas, jadi apabila dia kembali, dia mendapati traknya dipenuhi sekitar 3,000 ekor lebah.

“Saya tak ada tempat teduh untuk mereka,” kata Leatherwood kepada stesen berita tempatan WLOS-13.

“Ketika saya kembali, saya nampak lebah berterbangan, saya tak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya tak mahu kehilangan lebah yang harganya AS$165 setiap kotak,” kata penternak lebah itu.

Jadi dia tidak meninggalkan trak dan melarikan diri, sebagaimana yang akan dilakukan oleh orang yang diserang lebah.

Sebaliknya dia hanya masuk ke dalam trak dan memandu sejauh 40 batu menuju Waynesville.

Leatherwood berjaya merakamkan keadaan dirinya di dalam trak yang dipenuhi lebah untuk anaknya.

“Ia dah keluar, kita ada masalah. Houston, kita ada masalah,” katanya dalam video itu, yang tular.

Pemandangan luar biasa seorang lelaki memandu trak dipenuhi lebah turut mendapat perhatian seorang lelaki, Brandon Singleton, di Canton, Carolina Utara, dan videonya juga tular.

Mengagumkan, Leatherwood berjaya memandu pulang tanpa disengat.

Dia bagaimanapun mengakui mendapat beberapa sengatan ketika mengeluarkan lebah dari trak itu. – mStar Online

Tags: disengatlebah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM

Enam Kanak-kanak Disengat Ubur-ubur Di Perairan Kelantan

03/03/2024
0

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menerima enam kes sengatan ubur-ubur berbisa spesies Physalia Physalis melibatkan enam kanak-kanak...

Penerbangan Ditunda Gara-Gara Serangan Lebah

27/09/2018
0

PENERBANGAN pesawat Mango Airlines di Durban, Afrika Selatan terpaksa ditunda gara-gara ratusan lebah masuk ke dalam enjin pesawat. Pakar dipanggil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd