• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Kanak-kanak Disengat Ubur-ubur Di Perairan Kelantan

oleh Mohd Arshad
03/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menerima enam kes sengatan ubur-ubur berbisa spesies Physalia Physalis melibatkan enam kanak-kanak berusia satu hingga 11 tahun, Jumaat lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes sengatan ubur-ubur yang turut dikenali sebagai Portuguese Man o’ war itu dikesan di Bachok iaitu dua kes di Pantai Melawi, manakala empat kes di Pantai Baru, di sini.

Beliau berkata, kesemua mangsa diberikan rawatan awal di Klinik Kesihatan Bachok dan telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh serta Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Menurut Dr Zaini, mangsa yang terkena sengatan akan mengalami gejala kesakitan, bengkak dan gatal-gatal pada tempat sengatan.

“Kesemua mangsa, bagaimanapun telah dibenarkan pulang setelah pemeriksaan kesihatan mendapati keadaan mereka stabil,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.”

Beliau berkata, tiada antivenom untuk bisa yang disebabkan oleh sengatan ubur-ubur spesies berkenaan dan rawatan yang diberikan adalah untuk melegakan gejala.

Sehubungan itu, Dr Zaini menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan tidak berenang di kawasan yang telah disahkan kehadiran hidupan berkenaan serta tidak menyentuh sehingga keadaan selamat dan makluman rasmi dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

“Sekiranya terkena sengatan, orang ramai diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran,” katanya.

Difahamkan, spesies ubur-ubur itu telah dikesan di perairan Pahang dan Terengganu serta mempunyai sengatan berbisa dan boleh membawa kematian.

Bernama-

Tags: disengatkanak-kanakKelantanUbur-ubur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Kes Tembak Hilang Dari Radar Bola Sepak Malaysia Sejak 2020

Suspek Kes Tembak Hilang Dari Radar Bola Sepak Malaysia Sejak 2020

03/11/2025
0

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memaklumkan bekas pemain Kelantan FA yang didakwa terbabit dalam kejadian tembakan sehingga menyebabkan...

Abuya Berdepan 6 Lagi Pertuduhan Jenayah Seksual Di Kelantan

Abuya Berdepan 6 Lagi Pertuduhan Jenayah Seksual Di Kelantan

21/09/2025
0

KOTA BHARU: Seorang mudir pondok pengajian agama di Kelantan yang dikenali sebagai Abuya bakal berdepan enam lagi pertuduhan berkaitan jenayah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd