• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalur Gemilang, KLCC Daripada Tempurung Kelapa

oleh AK-47
25/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lebih 3,000 tempurung kelapa digubah menghasilkan Jalur Gemilang, bangunan ikonik negara iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur serta lakaran tokoh ikon kemerdekaan Tunku Abdul Rahman oleh guru dan pelajar di sini.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Putra Hamizah Abdul Hamid berkata Jalur Gemilang itu dihasilkan dalam tempoh tiga minggu melibatkan 845 pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima bersama 68 guru sekolahnya.

Beliau berkata kerja-kerja mengumpul, membersihkan tempurung kelapa daripada sabut, mengecat dan menyusun tempurung kelapa itu bermula sejak awal bulan ini.

“Penghasilan Jalur Gemilang ini merupakan cetusan idea dan hasil perbincangan antara guru dan pelajar sekolah itu bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

“Semua tempurung kelapa ini diperoleh secara percuma daripada peniaga di beberapa pasar basah sekitar bandar raya ini dan ada yang dibawa oleh pelajar sendiri. Kami hanya mengeluarkan sedikit peruntukan kira-kira RM590 untuk membeli cat,” katanya ketika ditemui pemberita di sekolah berkenaan, di sini hari ini.

Hamizah berkata usaha menghasilkan Jalur Gemilang itu merupakan inisiatif mereka bagi menunjukkan semangat patriotisme dan menyemai semangat cintakan negara selain menggalakkan pelajar untuk berfikir di luar kotak dan mendidik mereka menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Beliau berkata pelajarnya mengambil kesempatan menyiapkan Jalur Gemilang itu ketika sesi pembelajaran mata pelajaran Sivik dan Pendidikan Seni.

Sementara itu, pelajar Ahmad Haziq Zulkifle, 16, berkata aktiviti tersebut merupakan suatu pengalaman menarik apabila guru dan pelajar pelbagai kaum di sekolah itu bekerjasama menghasilkan Jalur Gemilang.

“Sangat seronok dan mencabar terutama apabila proses membersihkan tempurung kelapa daripada sabut dan mengecat kerana ia merupakan proses yang agak rumit dan memerlukan penelitian serta kreativiti dalam menghasilkan setiap lakaran,” kata pelajar Tingkatan Empat itu. – BERNAMA

Tags: jalur gemilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd