• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakoa Belanja RM60 Juta Sedia PLKK Belia Orang Asli

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) membelanjakan RM60 juta bagi menyediakan pelbagai kursus kemahiran menerusi Program Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) kepada lebih 4,000 remaja Orang Asli di seluruh negara sejak tujuh tahun lepas.

Ketua Pengarahnya Mohd Jamalludin Kasbi berkata pada tahun ini, 2,000 peserta berpeluang mengikuti  kursus itu yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta.

“Sebanyak 51 bidang kemahiran ditawarkan oleh 16 syarikat mengendali kursus kemahiran berkenaan kepada peserta secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Roadshow PLKK  Fasa 2 di Pos Brooke di sini, hari ini.

Beliau berkata Jakoa menanggung sepenuhnya kos pelaksanaan program itu termasuk makan dan tempat penginapan serta elaun sebanyak RM150 kepada setiap peserta.

“Kita melakukan jerayawara ini juga untuk menarik lebih ramai belia Orang Asli mengikuti kursus kemahiran itu,” katanya.

Mohd Jamalludin berkata kursus kemahiran itu bagi memberi peluang kepada golongan muda masyarakat tersebut mendapat pekerjaan yang terbaik dan setakat ini tiada peserta yang gagal mendapatkan pekerjaan.

“(Kursus) adalah peluang terbaik untuk mereka mendapat pekerjaan dan tidak perlu bergantung kepada sumber pendapatan daripada hasil hutan,” katanya.

“Kita harap anak muda Orang Asli yang tidak faham dengan perkara itu supaya datang ke program jerayawara terbabit bagi mendapat penjelasan daripada wakil syarikat mengendalikan kursus kemahiran PLKK,” katanya. – BERNAMA

Tags: JAKOAOrang AsliPLKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd