• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilang Lencana Diri Jemaah Haji Aduan Tertinggi

oleh Ahmad Albab
08/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Laporan kehilangan lencana pengenalan diri dan bagasi serta jemaah tersasar untuk pulang ke maktab penginapan adalah tiga aduan tertinggi yang direkodkan di Pusat Perkhidmatan Pelanggan Tabung Haji (TH) di Tanah Suci Makkah.

Pengurus Perkhidmatan Pelanggan Makkah 1438 Hijrah, Zor Mohd Poat ​​​​​berkata di pusat khidmat berkenaan, jemaah boleh mendapatkan pelbagai maklumat serta menyampaikan aduan mereka.

Beliau berkata sehingga 5 Ogos lepas, pihaknya berjaya menyelesaikan 143 kes kehilangan lencana pengenalan diri dan telah membuat tindakan segera menggantikan lencana itu kerana ia penting dalam urusan jemaah haji.

“Lencana ini penting untuk pelbagai tujuan antaranya dalam urusan pengeluaran wang dan sebagai dokumen pengenalan diri di Tanah Suci,” katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Pelanggan TH di Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata 90 kes kehilangan bagasi direkodkan di pusat khidmat itu, manakala bilangan jemaah tersasar daripada kumpulan mereka untuk pulang ke maktab penginapan masing-masing melibatkan 60 kes.

“Berkaitan kehilangan beg ini, Tabung Haji boleh menggantikan dengan wang selepas 48 jam beg berkenaan masih tidak ditemukan. Bagaimanapun, jika ditemukan, bagasi akan diberikan semula kepada jemaah,” katanya bahawa TH juga akan menggantikan beg sandang yang hilang.

Bagi jemaah yang tersasar, Zor berkata Unit Peronda TH akan memberikan khidmat terbaik untuk menunjukkan arah pulang ke maktab penginapan masing-masing.

Beliau berkata pusat berkenaan beroperasi 24 jam untuk memberikan perkhidmatan kepada jemaah haji.

“Fungsi kita adalah menguruskan maklum balas dan pelbagai aduan jemaah haji, menguruskan talian pusat bantuan Tanah Suci serta menyediakan pasukan peronda di lapan stesen strategik di Masjidil Haram,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan jemaah haji supaya sentiasa mengikut arahan TH bermula di tanah air, dalam soal penjagaan barangan peribadi masing-masing..

“Saya percaya, jika arahan itu diikuti barangan seperti lencana pengenalan diri tidak akan hilang.

“Saya juga menasihatkan kepada jemaah haji yang masih di tanah air eloklah membalut bagasi dengan kain atau sarung beg serta ditulis nama dan maklumat penting peribadi. Ada kes, beg rosak dan koyak setiba di Makkah,” katanya.

Sementara itu, jemaah yang ditemui pemberita, Mohamed Ismail Harun, 44, dari Seremban memuji langkah segera yang dilakukan petugas TH.

“Misalnya, saya hendak ke klinik untuk mendapatkan rawatan… saya tanya rakan jemaah tetapi jawapan diberikan berbeza. Jadi saya terus ke pusat khidmat ini dan mereka meminta saya ke lokasi yang betul.

“Begitu juga dalam soal pemakaian selipar sewaktu melakukan sa’i. Saya bertanyakan soalan sama ada boleh atau tidak. Alhamdulilah saya mendapat jawapannya,” kata beliau.

Seorang lagi jemaah, Rahillah Hussin, 63, dari Batu Pahat, pula tersasar daripada Maktab Penginapan 87 di Hotel Rehab Al-Janadriyah.

“Saya terus ke pusat khidmat ini, dan Alhamdulilah petugas di sini membantu dan mereka menghantar saya balik ke maktab yang betul,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd