• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati… Lagi Kes Gajah Mati Kena Langgar Di Perak

oleh
24/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BULAN lalu, kita dikejutkan dengan insiden ibu gajah yang ‘naik minyak’ berikutan kematian anaknya. Tetapi sebenarnya, berita itu hanya khabar angin semata.

Apa yang terjadi hanyalah seekor anak gajah mati akibat dilanggar seorang guru panik.

Insiden itu berlaku ketika mangsa terserempak dengan haiwan itu yang sedang melintas jalan di laluan Lebuhraya Timur-Barat Gerik-Jeli berhampiran Bainun.

Terkini, seekor lagi mamalia jenis itu mati dilanggar sebuah bas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Gerik, perak sekitar jam 5.30 pagi itu telah menyebabkan laluan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Difahamkan, bas tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk di bahagian cermin depan dan keadaan penumpang masih belum dapat dikenalpasti.

Berikutan itu, pengguna jalan tersebut diminta untuk lebih berhati-hati dan peka dengan kehadiran haiwan liar di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Perak, Loo Kean Seong memberitahu bahawa gajah jantan tersebut dianggarkan berumur 10 tahun.

Tambahnya lagi, bangkai haiwan itu telah dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai bagi urusan bedah siasat dan pemotongan gading sebelum ditanam pada hari ini juga. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: basGajah LiarPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd