• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Kebangsaan: Jalan Sekitar Ipoh Tutup 27 Ogos

oleh Ahmad Albab
23/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan sempena majlis raptai dan sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dewan Bandaran Ipoh di sini mulai 27 Ogos.

Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dalam kenyataannya memaklumkan raptai akan bermula dari 27 hingga 29 Ogos dengan penutupan jalan serta lencongan bermula dari 6.30 pagi hingga selesai acara manakala penutupan dan lencongan pada sambutan Hari Kebangsaan bermula dari 6 pagi 31 Ogos hingga selesai acara.

Jalan terlibat ialah simpang Jalan Bandar Timah / Jalan Sultan Yusuf; simpang Jalan Bandar Timah / Jalan Market; Jalan Silang; Jalan Sultan Yusuf / lampu isyarat Jalan Lahat; lampu isyarat Jalan Lahat / Persiaran KIDD; bulatan Bahagia (bulatan KIDD) / Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab; Jalan Sultan Idris (Padang Ipoh – Jalan Laxamana).

Simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pula dilencongkan ke Jalan Kompleks Islam manakala simpang Jalan Kompleks Islam dilencongkan ke Jalan Lim Bo Seng.

“Bagi pengguna yang ingin ke Stesen Keretapi Ipoh, boleh menggunakan laluan alternatif iaitu dari Jalan Kuala Kangsar – Jalan Tun Abdul Razak – Jalan St. John – Jalan Regat Tun Perak,” kata kenyataan itu.

Pengguna yang mahu ke pusat bandar dari Jalan Kuala Kangsar boleh melalui Jalan Kuala Kangsar – Jalan Raja Musa Aziz – Bulatan Sultan Iskandar, atau dari Jalan Kuala Kangsar – Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab – Jalan Kompleks Islam – Jalan Lim Bo Seng.

Dari Jalan Kuala Kangsar ke Menglembu atau Pasir Putih, pengguna boleh melalui Jalan Kuala Kangsar–Jalan Tun Abdul Razak – Bulatan Bahagia – Jalan Leong Boon Swee (laluan kontra dari Bulatan Bahagia ke lampu isyarat Lahat KIDD).

Pengguna dari Jalan Sultan Iskandar ke Menglembu atau Silibin pula boleh melalui Jalan Sultan Iskandar – Jalan Bandar Timah – Jalan Sultan Yusof – lampu isyarat Jalan Leong Boon Swee – lampu isyarat Lahat KIDD. – BERNAMA

Tags: Hari KebangsaanIpoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd