• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA: Futsal Wanita Optimis Hadiah Pingat

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Skuad futsal wanita kebangsaan tetap optimis mampu menghadiahkan  pingat buat negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) meskipun ketiadaan beberapa tonggak utama termasuk kapten Farahiyah Muhd Ridzuan akibat kecederaan.

Ketua Jurulatihnya, Muizzudin Mohd Haris berkata kehilangan pemain-pemain utama dari awal musim tidak mematahkan semangat dan komitmen pemain lain untuk mempamerkan aksi terbaik pada temasya sukan dwitahunan itu.

“Bagaimanapun saya yakin dengan semangat dan komitmen yang pemain tunjukkan walaupun tiada pemain utama ini saya rasa pasukan mampu menyinar sekurang-kurangnya menghadirkan satu pingat buat Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad futsal wanita negara di Kompleks Sukan Panasonic di sini hari ini.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad futsal wanita adalah pada edisi Sukan SEA 2013 di Myanmar apabila meraih gangsa selepas seri 3-3 dengan Vietnam pada perlawanan terakhir peringkat sepusingan.

Skuad negara akan menentang China dalam dua perlawanan persahabatan esok dan Ahad sebagai aksi pemanas badan terakhir sebelum memulakan kempen sukan SEA dengan menentang Myanmar pada 18 Ogos ini.

Dua perlawanan itu begitu penting buat pasukan negara berikutan kecederaan yang dialami tonggak-tonggak utama pasukan menyebabkan beliau terpaksa mencari ramuan terbaharu dari segi persefahaman antara pemain, katanya sambil menambah kesemua pemain yang menjalani latihan hari ini merupakan 16 pemain akhir skuad negara pada Sukan SEA nanti.

Ditanya pemain yang bakal menggantikan Farahiyah, Muizzudin yang juga bekas pemain futsal kebangsaan berkata buat masa ini pihaknya lebih mengutamakan persiapan pasukan daripada menamakan kapten baharu pasukan itu.

Farahiyah yang merupakan ayam tambatan skuad negara mengalami kecederaan lutut kiri ketika mengharungi aksi persahabatan bertemu UiTM FC pada akhir bulan lepas.

Muizzudin dalam pada itu berkata isu membabitkan penjaga gol, Nur Izwani Azman baru-baru ini langsung tidak menganggu tumpuan pasukan berikutan sudah terbukti pemainnya berada di pihak yang benar.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin pada Rabu lepas menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Nur Izwani melanggar perintah berkurung yang ditetapkan pada kem fasa akhir perhimpunan atlet Malaysia untuk Sukan SEA di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, pada 4 Ogos lepas.

Beliau berkata setelah melihat  rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Nur Izwani disahkan masuk ke biliknya kira-kira 11.11 malam selepas berjumpa saudaranya dan ia jelas sekali tidak melanggar perintah   berkurung. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usaha Banteras Jenayah Perlu Ditambah Baik

Next Post

Pengusaha Pelancongan Diminta Tingkat Khidmat

Related Posts

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

19/05/2025
0

BACHOK: Suami pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan perbuatan itu diupah pihak tertentu....

Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu

Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu

19/05/2025
0

IPOH - Baru sahaja 20 minit dibebaskan dengan jaminan mahkamah, pemandu lori muatan batu kerikil yang didakwa menyebabkan kematian sembilan...

Next Post

Pengusaha Pelancongan Diminta Tingkat Khidmat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd