• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Nafi Terbit `Analisa Bajet 2017′

oleh Ahmad Albab
07/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan agensi kutipan cukai negara itu ada mengeluarkan analisa berhubung pendapatan dan perbelanjaan negara dalam masalah seperti yang ditularkan oleh orang ramai di Whatsapp dan aplikasi media sosial yang lain.

LHDN menegaskan, analisa yang menggunakan tajuk `Analisa Bajet 2017′ itu sebenarnya pernah ditularkan secara bermusim sejak tahun 2015 dan aduan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebelum ini.

Agensi itu malah mendapati, analisa ekonomi yang tidak tepat itu sebenarnya memetik sumber artikel yang disiarkan oleh media-media propembangkang dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

“Menurut rekod pihak kami, artikel berkenaan telah ditularkan secara bermusim sejak tahun 2015 lagi dan beberapa penafian telah dikeluarkan oleh LHDN sebelum ini.

“Semakan lanjut juga telah dibuat terhadap isi kandungan artikel tersebut dan ia dipercayai bersumberkan satu artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar milik sebuah parti politik.

“Artikel yang mempunyai isi kandungan yang hampir sama turut dimuatnaik pada beberapa platform media sosial yang lain,” kata LHDN dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, LHDN menegaskan arikel itu bukan dikeluarkan oleh LHDN atau bersumberkan mana-mana pegawai LHDN dan ia ditularkan semata-mata untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan analisa ekonomi yang tidak tepat.

LHDN turut menasihatkan orang ramai merujuk Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my, Portal Kementerian Kewangan Malaysia di www.treasury.gov.my dan Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan bagi mendapatkan analisa serta data-data ekonomi yang lebih tepat dan sahih. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bajet 2017LHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd