• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda RM3,500 Jual Unit Komunikasi Tanpa Akuan

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang lelaki didenda RM3,500 atau penjara seminggu oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjual seunit alat komunikasi tanpa wayar yang tidak diperakui oleh SIRIM empat tahun lalu.

Wong Hon Wah, 37, dari Petaling Jaya, Selangor membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Timothy Finlayson Joel.

Wong dituduh menjual alat komunikasi tanpa wayar jenama PAKITE menerusi www.lelong.com pada 13 Nov 2013 menurut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Menurut fakta kes, Wong telah menjual alat berkenaan secara dalam talian kepada seorang pegawai SIRIM yang menyamar sebagai pembeli pada 13 Nov 2013 di SIRIM QAS International Sdn Bhd, Pejabat Cawangan Sarawak dan Sabah, Lot 802, Taman Perindustrian Demak Laut, Jalan Bako di sini.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar dijatuhi hukuman ringan kerana ini kesalahan pertamanya selain tidak tahu bahawa menjual produk tanpa perakuan SIRIM tersebut adalah satu kesalahan.

Sementara itu pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Nazrul Nizam Mohamad Zameri meminta mahkamah mengenakan hukuman yang berat sebagai pengajaran memandangkan menjual peralatan yang tidak diperakui keselamatannya oleh SIRIM boleh mengundang bahaya kepada pengguna. – BERNAMA

Tags: didenda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd