Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Kerusi Urut, Hantaran Jalaluddin...

SEBUT je pasal kahwin, haaa... mesti macam-macam nak kena prepare termasuklah barang hantaran...

Geng PKR Menikus, Keluarga...

WOW, bagai drama Hindustan!Di saat-saat akhir, pada hari penghabisan permohonan pengampunan daripada yang...

Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan...

ALOR SETAR - Seorang guru sekolah rendah antara 14 individu ditahan Agensi Anti...

Caliph Buskers Sangkal Dah...

PETALING JAYA - Kumpulan Caliph Buskers menyangkal dakwaan kononnya mereka mula bersikap sombong...

Biadabnya…Nak Cari Kerja Ke Nak Cari Gaduh Ni?

SEKARANG ni bukan mudah untuk mencari kerja terutama bagi pelajar yang baru habis belajar. Sudahlah belum ada apa-apa pengalaman, jadi janganlah terlalu demand!

Tular baru-baru ini seorang penganggur yang sedang mencari kerja dikatakan biadab apabila tindakannya itu dianggap sebagai agak keterlaluan.

Individu yang tidak dikenal pasti identiti itu telah menghina bakal majikannya yang juga merupakan seorang pemilik restoran dengan kata-kata yang kurang manis pada pandangan umum.

“Saya doa kedai mak cik bankrup lepas ni..Tu la makan dia kalau dok cakap besar sangat… Padan muka!!! Agaknya kalau customer tak ramai pun, mak cik bayar segala kos pakai segala bulu makcik la kot… Patut la makcik botak habis dah…hahahaha!!!

“Lawak gila badut gemuk ni!!! Tengok la lepas ni pun pekerja mak cik akan bertukar ganti ja… Semua tak tahan sebab dapat badut gemuk yang hila dan kaki mengarah ni…hahaha…boo!!,” tulis individu tersebut.


Haaa…siapa je yang tahan dimaki, dihina dan diperlekeh sedemikian rupa? Kalau korang kat tempat majikan ni, pasti korang pun berang, betul atau tidak?

Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit dilihat dapat bersabar dan tidak menabur kata-kata kesat. Terbaiklah kakkk…

Dikk oh dikk.. Kau dah la cari kerja dengan tak ada pengalaman, lepas tu nak demand lebih? Haihh macam-macam kerenah budak-budak sekarang time nak cari kerja. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori