• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Dakwa PH Sebar Islamofobia, Seru Perpaduan Melayu Islam

oleh Mynewshub
16/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kesihatan Abdul Hadi Merosot
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP, menggunakan sentimen Islamofobia bagi menimbulkan kebimbangan terhadap kebangkitan politik PAS dan kepimpinan Melayu Islam.

Beliau berkata, istilah seperti “Gelombang Hijau” digunakan selepas PAS muncul sebagai parti yang memenangi kerusi Parlimen terbanyak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), selain mentadbir beberapa negeri.

Menurutnya, Islamofobia merujuk kepada prasangka, ketakutan dan kebencian tidak rasional terhadap Islam yang boleh diterjemahkan melalui diskriminasi terhadap individu, pertubuhan atau perkara berkaitan agama itu.

“DAP yang mendapat tauliah daripada penjajah menjadi imam politik kepada makmumnya yang terdiri daripada pelbagai kumpulan.

“Mereka menggunakan senjata Islamofobia yang diwariskan oleh penjajah bagi menentang Islam dan memadamkan cahayanya yang telah menembusi tembok pertahanan negara asal penjajahnya,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden PAS, hari ini.

Abdul Hadi turut mendakwa DAP mendominasi PH dan menggunakan parti-parti Melayu serta tokoh berimej Islam bagi memperluaskan pengaruh politik, termasuk di kawasan majoriti Melayu.

“Jangan takut dan risau apabila Melayu Islam memimpin kerana akidahnya tetap menjaga masyarakat majmuk seperti yang ditunjukkan dalam al-Quran,” katanya.

Beliau turut membangkitkan isu kedudukan Islam, institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan dan cadangan mengadakan semula Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), yang menurutnya perlu dilihat dalam konteks sejarah dan komposisi masyarakat Malaysia.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menyambut baik keputusan masyarakat Cina di Sabah dan Johor yang didakwanya mula menolak DAP.

Beliau turut menyatakan PAS bersedia menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor bagi menghalang PH daripada mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Katanya, PAS tidak mengharapkan sebarang kerusi sebagai balasan, sebaliknya mahu melihat perpaduan Melayu Islam serta kerjasama dengan masyarakat bukan Islam yang sederhana dan tidak ekstrem.

“PAS bersyukur kerana Johor terus dipimpin Melayu Islam dan DAP bersama sekutunya gagal menawan negeri itu,” katanya.

Kenyataan itu bertarikh 16 Julai 2026 disiarkan di Facebook rasmi Abdul Hadi Awang –MYNEWSHUB

Tags: Abdul HadiAbdul Hadi AwangBangsa DAPbiadap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Hadi Mendahului Di Parlimen Marang

PAS Seru Pengundi Tolak PH Dalam PRN Johor

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS mengariskan lima ketetapan utama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk menggerakkan sepenuhnya...

Hadi Awang Tegaskan Umat Islam Wajib Keluar Mengundi

Hadi Awang Tegaskan Umat Islam Wajib Keluar Mengundi

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa umat Islam wajib keluar mengundi kerana ia merupakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd