• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berjuanglah Habis-Habisan! – Khairy Jamaluddin

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berjuanglah habis-habisan pastikan ibu segala pingat milik Malaysia!…itulah kata-kata semangat oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada skuad bola sepak negara yang bakal berdepan dengan Thailand, esok.

Bagi Khairy, harapan itu bukan satu bentuk tekanan kepada skuad Datuk Ong Kim Swee tetapi kata semangat membawa pulang hadiah istimewa menjelang Hari Kebangsaan 2017.

Perlawanan final antara Malaysia dan juara bertahan, Thailand akan berlangsung jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

“Saya tidak mahu pemain kita rasa tekanan yang terlalu besar, saya mahu mereka main perlawanan mereka…berjuang habis-habisan, tetapi ‘enjoy the game’,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan edisi khas Tin Emas ‘Kita Juara’ 100Plus di Rumah Malaysia yang terletak di pekarangan Stadium Nasional di sini, hari ini.

Selain menyuntik semangat kepada skuad negara, beliau turut meminta penyokong yang bakal membanjiri stadium supaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan mengelak daripada mencetuskan sebarang masalah.

Sementara itu, di SHAH ALAM, penyokong Malaysia telah mula berkampung di Stadium Shah Alam sejak 9 malam tadi malah sanggup beratur lebih dua kilometer bagi membeli tiket perlawanan akhir itu.

Tinjauan Bernama mendapati 10 daripada 20 kaunter yang dibuka seawal 10.40 pagi tadi terpaksa ditutup berkutan terdapat kumpulan peminat sukan itu yang enggan menurut arahan supaya beratur dan bertindak merosakkan penghadang yang diletakkan di sekitar kaunter tiket.

Bagaimanapun, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan sebelum penjualan tiket kembali disambung 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat, ketika ditemui di lokasi, berkata polis turut mengawal keadaan bagi memastikan proses penjualan tiket berjalan lancar. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd