• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basikal Dah Boleh Bawa Masuk LRT

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bermula Ahad, pada setiap Ahad minggu pertama dan ketiga, orang ramai dibenarkan membawa bersama basikal bersaiz penuh ke dalam tren semasa menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Zohari Sulaiman berkata orang ramai dibenarkan membawa basikal itu bermula 6 pagi hingga 10 pagi sebagai menyokong program ‘KL Car Free Morning’.

Sebelum ini, orang ramai hanya dibenarkan membawa basikal lipat ke dalam tren-tren LRT, monorel, dan MRT di luar waktu puncak, pada hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti am.

“Langkah ini akan memudahkan peserta ‘KL Car Free Morning’. Sekarang mereka tidak perlu membawa  kereta ke dalam bandar bagi memelihara alam sekitar dan mengurangkan penghasilan karbon di udara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran ‘Bike and Ride’ di sini Ahad.

Beliau berkata kajian yang dibuat melalui laman Twitter MyRapidKL menunjukkan 80 peratus maklum balas bersetuju dan menyokong langkah membenarkan basikal berukuran penuh itu menaiki LRT manakala 20 peratus lagi berkecuali.

“Sekiranya peringkat percubaan ini berjaya dan pengguna mematuhi segala syarat yang ditetapkan, kami akan mempertimbangkan untuk panjangkan program ini kepada hari lain dan tempoh waktu yang panjang sebelum ia turut dilaksanakan dalam perkhidmatan lain,” katanya.

Zohari berkata beberapa siri ‘riding simulation’ dengan kerjasama Prasarana Cycling Club dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah diadakan bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi tren adalah terjamin.

“Mereka perlu memastikan langkah membawa basikal itu tidak memberikan sebarang risiko bahaya atau ketidakselesaan kepada para penumpang lain, pastikan basikal bersih dan ia dibawa dengan selamat tanpa merosakkan aset Rapid KL,” katanya.

Zohari berkata inisiatif itu dilihat mampu meluaskan segmen sasaran dengan menarik golongan penggiat basikal, sekali gus meningkatkan bilangan penumpang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 40 peratus rakyat menggunakan perkhidmatan awam menjelang 2030. – BERNAMA

Tags: basikalLRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd