• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Dibakar Hidup-Hidup, Bayi Lahir Tanpa Bapa

oleh
06/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNDANG-UNDANG manusia adalah satu perkara yang tak patut berlaku. Jika betul berlakunya jenayah, teruslah bawa ke muka pengadilan. Bukannya menjatuhkan hukuman sendiri.

Berikutan kejadian seorang lelaki yang difitnah dan dibelasah serta dibakar hidup-hidup yang berlaku di Muara Bakti, Jawa Barat dekat Indonesia, isteri arwah telah meluahkan rasa kekesalan.

Baca: Video: Difitnah, Dibelasah & Dibakar Hidup-Hidup

Difahamkan isteri kepada arwah M Alzahra, Siti Zubaidah berasa sangat terkilan kerana orang kampung telah menuduh suaminya konon melakukan jenayah tanpa usul periksa.

Siti yang dikatakan mengandung tujuh bulan berasa sangat terkejut dan tidak menyangka bahawa dia akan menjadi janda manakala anaknya yang di dalam kandungan itu bakal menjadi anak yatim.

“Sampai hati kamu bunuh ayah kepada bayi dalam kandungan saya ini,” katanya dengan penuh kekecewaan.

Menurut Siti, suaminya itu sudah menjalankan perniagaan sebagai tukang servis barang elektronik sejak zaman sekolah lagi dan ia dilakukan secara kecil-kecilan di rumah mereka sebagai pendapatan utama keluarga susah itu.

Sebelum kejadian malang yang menimpa suaminya itu, arwah memang mahu menghantar barangan elektronik yang dipesan oleh pelanggan melalui online (kemungkinan merujuk panggilan telefon).

Siti juga menambah yang suaminya memang seorang yang taat agama. Tapi sebelum kejadian berlaku, arwah tak sempat untuk menunaikan solat kerana takut pelanggan menunggu terlalu lama. Jadi dia terus ke lokasi yang dituju.

Tak sempat mahu memberi pelanggan barang yang dipesan, Alzahra sudah pun meninggal kerana dituduh mencuri.

Sebab itu lah ketika kejadian, dia berada di Masjid Desa Muara kerana mahu menunaikan solat sebelum dia dituduh sebagai pencuri kerana membawa barangan elektronik kepunyaannya itu masuk ke dalam masjid.

Oleh itu, jangan lah kita memandai-mandai menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Bila dah jadi macam ni, siapa nak bertanggungjawab?

Nyawa manusia jangan dibuat main. Sudahlah mereka itu keluarga susah, siapa mahu tanggung kos perbelanjaan hidup si anak yang bakal lahir itu nanti? – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd