Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN: Cuti Paterniti...

KUALA LUMPUR - Cuti paterniti lebih panjang untuk kakitangan sektor awam dan kenaikan...

Melodrama Tun M: Sentimen...

"PROTON, anak kepada buah fikir saya, dan kini saya seolah-olah kehilangan anak." Syukur, pada...

Warga Syria Maut Kereta...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Syria maut selepas kereta yang dipandunya terbabas...

Bilangan Bas Sekolah Semakin...

LABUAN - Bilangan bas sekolah di pulau bebas cukai ini semakin menurun iaitu...

Abai Anak: Suami Isteri Dibebas Dengan Jaminan

JOHOR BAHRU – Ibu bapa kepada kepada tiga kanak-kanak yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kediaman mereka di Larkin Perdana di sini, empat hari lepas, dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kedua-dua pasangan yang berasal dari Sabah itu, berusia 32 dan 21 tahun, ditahan di rumah mereka di Larkin pada jam 10 malam semalam.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Kanak-Kanak 2001. Kertas siasatan berhubung kes itu telah dibuka dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak polis mengambil semua keterangan, termasuk keterangan membela diri mereka kerana pihak polis perlu adil, dan berdasarkan kenyataan, mereka baru sahaja menetap di sini dan baru sahaja bekerja,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kedua ibu bapa berkenaan juga ada menyatakan bahawa perkara tersebut hanyalah rekaan yang dilakukan oleh jiran mereka.

“Memang mereka ada mengeluarkan pembelaan tersebut tetapi apapun pihak polis akan siasat, ada beberapa faktor yang perlu kami lihat dan perlu bertindak adil jadi biarkan kami jalankan tugas kami dahulu,” katanya.


Tambahnya, kedua-dua pasangan berkenaan dilepaskan dengan jaminan polis kerana mempunyai seorang lagi anak berusia satu tahun yang masih menyusu.

Dalam kejadian 3 Ogos lalu, tiga beradik iaitu dua perempuan dan seorang lelaki berusia setahun hingga enam tahun, diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas dipercayai menjadi mangsa pengabaian ibu bapa mereka.

Kisah mengenai tiga adik-beradik itu turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen. – BERNAMA

Kategori