• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ustaz’ Kit Siang Petik Dalil Ayat Al-Quran

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP zaman dulu dengan mudah memujuk hati sebilangan kaum Melayu di negara ini supaya menyokong mereka dengan hanya memakai songkok ketika berkempen.

Zaman ini jauh lebih hebat apabila sebilangan pemimpin DAP mula menggunakan ayat-ayat suci al-Quran bagi menjulang parti sekular itu di mata umat Islam dan menghentam kerajaan sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memetik dua ayat al-Quran bagi mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menyatakan beliau tidak takut kepada sesiapa termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apandi menegaskan beliau hanya takut kepada Allah S.W.T apabila Mahathir menuduh kononnya beliau boleh dipertanggungjawabkan kerana menyembunyikan bukti berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

“Saya mahu mengingatkan Apandi tentang ayat al-Quran. Jangan berbuat jahat di tanah yang menyebarkan rasuah, gangguan atau kerosakan. [Quran 2.60].

“Jangan membingungkan kebenaran dengan kepalsuan atau dengan sengaja menyembunyikan kebenaran [Quran 2.42],” kata Kit Siang angkuh dalam satu kenyataan hari ini.

Ironinya, DAP sebelum ini berulang-kali mendakwa Malaysia bukan sebuah negara Islam dan sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam konon melanggar Perlembagaan Negara.

Penentangan DAP terhadap Islam semakin ketara apabila membantah Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) di Parlimen. – Mynewshub.cc

Tags: Lim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd