• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UITM FC Diberi Kemenangan Percuma 3-0

oleh AK-47
14/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UiTM FC diberi kemenangan percuma 3-0 pada perlawanan Liga Perdana menentang MISC-MIFA selepas pasukan itu didapati melanggar Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2017.

Menurut kenyataan dari Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), MISC-MIFA didapati melakukan kesalahan dengan menurunkan Mohamad Zamri Pin Ramli yang telah mengutip tiga kad kuning dan tidak layak untuk beraksi dalam perlawanan berkenaan.

“Dengan jelas pasukan MIFA telah melanggar Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2017 dengan membenarkan seorang pemain yang tidak layak akibat digantung untuk bermain dalam perlawanan UiTM FC menentang MIFA pada 10 Julai 2017.

“Dengan itu keputusan FMLLP berdasarkan Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017, melucutkan hak MIFA dalam perlawanan tersebut dan kemenangan percuma sebanyak 3-0 diberikan kepada pasukan UiTM FC,” kata kenyataan FMLLP.

Sementara itu FMLLP mengarahkan agar Stadium Perak di Ipoh ditutup selama tujuh hari berikutan pemeriksaan padang yang dilakukan oleh pegawai Unit pertandingan FMLLP mendapati keadaan padang di stadium itu berada dalam keadaan yang tidak memuaskan dan tidak sesuai untuk perlawanan bola sepak diadakan.

“Sehubungan dengan itu FMLLP mengarahkan venue tersebut ditutup selama tujuh hari bermula selepas perlawanan Liga Perdana di antara PKNP FC melawan JDTII pada hari Jumaat, (14 Julai) sehingga hari Jumaat (21 Julai),” kata kenyataan itu.

Justeru, PKNP FC perlu mencari venue alternatif lain bagi perlawanan menentang Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada Selasa (18 Julai). – BERNAMA

Tags: MISC-MIFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Kapal MISC Tiada Kaitan Dengan MISC-MIFA

30/04/2017
0

KUALA LUMPUR - MISC Berhad (MISC) menegaskan syarikat perkapalan itu tiada sebarang kaitan dengan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak...

Khairy Ucap Tahniah Kepada SPRM, Harap Jadi Pengajaran

07/04/2017
0

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan penahanan seorang bookie...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd