• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Ucap Tahniah Kepada SPRM, Harap Jadi Pengajaran

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Jenayah, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan penahanan seorang bookie dan tiga pemain Malaysian Indian Sports Council-Malaysian Indian Football Association (MISC-MIFA) bagi membantu siasatan dakwaan mereka terlibat mengatur keputusan perlawanan, semalam.

Khairy juga yakin MIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dan polis berhubung siasatan kes itu, seterusnya mencegah gejala negatif itu daripada terus menular.

“Biarlah kes ini menjadi pengajaran kepada mana-mana pemain serta pasukan lain, dan saya yakin hanya tindakan undang-undang mampu mengatasi masalah rasuah atau bookie,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran larian obor KL2017 di sini hari ini.

Terikut-ikut gaya hidup mewah pemain pasukan lain mungkin punca pemain kelab MISC-MIFA terjebak menerima rasuah atau sogokan untuk mengatur keputusan perlawanan, katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas yang diberikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam, yang juga Presiden MIC, bahawa kelab milik MIC itu tidak mempunyai peruntukan yang besar dan pemain tidak dibayar gaji tinggi.

“Saya juga dimaklumkan kemungkinan kes ini berlaku selepas kelab itu layak beraksi di Liga Perdana tahun ini dan pemain-pemainnya mula mendapat perhatian,” katanya.

SPRM menahan tiga pemain MIFA termasuk seorang pemain import semalam kerana dipercayai mengambil rasuah daripada bookie, diikuti dengan penahanan seorang pekerja kedai besi buruk dipercayai sebagai bookie yang menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab MISC-MIFA untuk menentukan perlawanan.

Kesemua suspek kini direman tujuh dan enam hari bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara 20 tahun. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinMISC-MIFA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd