• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Kapal MISC Tiada Kaitan Dengan MISC-MIFA

oleh
30/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MISC Berhad (MISC) menegaskan syarikat perkapalan itu tiada sebarang kaitan dengan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) yang beraksi dalam Liga Perdana musim ini.

MISC Berhad dalam satu kenyataan media berharap orang ramai tidak keliru antara MISC dengan MISC-MIFA yang mana beberapa pemainnya didakwa terlibat dalam rasuah mengatur perlawanan bola sepak baru-baru ini.

“Orang ramai tidak sepatutnya terkeliru antara pasukan bola sepak itu dengan syarikat kami,” kata kenyataan itu hari ini.

MISC menegaskan syarikat itu tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan akronim MISC atau menaja mana-mana pihak dalam sukan bola sepak.

Media semalam melaporkan dua bekas pemain bola sepak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menawarkan rasuah RM20,000 kepada dua pemain pasukan MISC-MIFA bagi mengatur perlawanan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Bekas pemain kebangsaan, Khairul Anuar Baharum, 43, dan bekas pemain kelab Public Bank, S G. Prem Kumar, 49, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Fathiyah Idris selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepada mereka.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua bekas pemain bola sepak terbabit didakwa menawarkan rasuah RM10,000 kepada dua pemain supaya MISC-MIFA tewas 0-2 kepada PKNP dalam perlawanan pada 7 April 2017. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakMISC BerhadMISC-MIFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd