• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Wanita Selamba Bawa Buai Anak Dalam MRT

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU gambar menunjukkan seorang wanita membawa buaian dalam Transit Aliran Massa (MRT) mengejutkan netizen susulan tersebarnya gambar tersebut di media sosial.

Buaian tersebut disangkutkan pada tempat pemegang berdiri dalam gerabak MRT.

Pengguna Facebook, Nana Abd Rashid yang berkongsikan status tersebut menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang memalukan.

“Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto sekali naik MRT. Tolonglah kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

“Boleh pula dia bawa buai sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab mak bapa, kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT… alahai…,” tulisnya di Facebook.

Netizen yang ‘amuk’ dengan perlakuan wanita tersebut, menyifatkan tindakan itu adalah tidak bertamadun selain merosakkan harta benda awam.

@Nyonya Harun berkata: Inilah bangsa tak malu dan tak boleh nak diajar. Lingkup harta awam dengan perangai pelik-pelik dan tak bertamadun macam ni, vandalisme dan buta sosial namanya!

@Hana Yoo Rin Saleh berkata: Betul… orang Malaysia memang banyak yang tak ada disiplin, tak ada sivik. Time nak masuk MRT berebut-rebut. Kalau kat Hong Kong… Korea… Australia… tiada masalah walaupun waktu sesak. Semua berjalan lancar… yang nak naik tunggu kiri dan kanan pintu, laluan tengah untuk orang keluar dari MRT, eskalator pun sama. Bila naik berdiri di sebelah kiri, sebelah kanan untuk orang yang rushing saja. 

Laluan MRT Fasa 2 Sungai Buloh – Kajang (SBK) mula dibuka kepada orang ramai bermula 17 Julai lalu selepas dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: buaianMRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd