• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Pakatan Diketuai Pemimpin Gila Talak – TPM

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Rakyat perlu menolak Pakatan Harapan yang diterajui pemimpin ‘gila talak’, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pakatan pembangkang itu umpama kapal tiga nakhoda yang menunggu masa untuk tenggelam akibat tidak tidak sehaluan.

“Rakyat sudah berikan peluang selama 22 tahun untuk ‘top dog’ itu memimpin. Kali ini, apabila kegilaan talak berlaku, saya fikir tibalah masanya rakyat menolak pakatan impian siang hari ini yang berketuakan seorang yang kehilangan talaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 20,000 orang.

Turut hadir Anggota Parlimen Ketereh ,Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata rakyat harus menolak pemimpin berkenaan yang sudah diberikan peluang memerintah ketika eranya.

“Zaman seseorang itu menjadi pemimpin sudah berlalu, beliau sepatutnya menjadi negarawan yang dihormati namun, sebaliknya, beliau sering berbeza pendapat dan mendakwa pemimpin sekarang tidak betul.

“Setiap pemimpin ada eranya dan masanya sudah tamat. Jangan campur soal politik sebaliknya, serah kepada kami (pemimpin negara sekarang),” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap rakyat memahami prinsip kebersamaan dalam kalangan parti-parti  Barisan Nasional (BN) sejak 1957 yang menjadi kekuatan dalam kerajaan BN hingga sekarang.

“Kita (BN) adalah perkahwinan politik secara kekal bukan perkahwinan mutaah. Daripada tiga rakan kepada 14 rakan dan kini menjadi 13 rakan. Mereka (pakatan pembangkang) pula daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan, menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Marak di sini sebelum menghadiri majlis jamuan Aidilfitri UMNO Kelantan di Dataran Rehal di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidipakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd