Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PAN: Tidak Bertamadun, Cemari...

KUALA LUMPUR - "Islam tidak menghalalkan tindakan yang tidak bertamadun atas nama perjuangan...

Sampel Kopi Telah Dihantar...

GEORGE TOWN - Sampel dua jenis kopi keluaran syarikat sama yang didakwa menyebabkan...

Beregu Lelaki Negara Mara...

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamerkan prestasi...

PRN Johor: SPR Digesa...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melaksanakan langkah-langkah penting yang dapat...

RMK11: TNB Perlis Komited Bantu Jayakan CVIA

KANGAR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis komited untuk menyalur bekalan elektrik secukupnya bagi menyokong pembangunan Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) yang sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Pengurus Besarnya, Abdul Aziz Yaacob berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan peneraju utama CVIA iaitu Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan kerajaan negeri supaya dapat memenuhi permintaan pelabur.

“Kerjasama ini penting kerana setiap maklumat perlu dikongsi supaya kita dapat membuat perancangan bagi menyediakan infrastruktur termasuk membina pencawang masuk utama (PMU) dalam tempoh yang ditetapkan.

“Laluan pemasangan kabel voltan tinggi telahpun dikenal pasti dan kita hanya menunggu permintaan pelabur,” kata Abdul Aziz kepada Bernama semasa ditemui pada majlis Hari Raya TNB Perlis di sini, hari ini.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Abdul Aziz berkata keperluan CVIA dijangka sebanyak 110megaWatt iaitu hampir sama dengan penggunaan seluruh negeri Perlis pada masa ini dengan kilang simen CIMA menjadi pengguna terbesar iaitu 35megaWatt sebulan.

Pembangunan CVIA membabitkan kawasan seluas 1,215 hektar dalam RMK11 bermula tahun ini dijangka siap pada 2025 dan menjadi pemangkin utama ekonomi Perlis dalam jangka masa panjang.


Katanya TNB juga bersedia menghadapi pembangunan bandar Kangar dengan projek Kangar City Centre dan Kangar Jaya yang sedang rancak berjalan manakala pembangunan Kuala Perlis oleh anak syarikat Tabung Haji dijangka bermula akhir tahun ini.

“Pemaju-pemaju projek ini hendaklah membuat permohonan keperluan tenaga eletrik lebih awal supaya kami dapat merancang dengan teliti penyaluran bekalan, kata Abdul Aziz.

Dalam perkembangan lain, beliau memohon pengguna supaya menjelaskan bil dalam tempoh ditetapkan bagi mengelak pemotongan bekalan selain mengelak berlaku tunggakan.

Sementara itu Tuanku Syed Faizuddin ketika bertitah mengucapkan tahniah kepada TNB yang bakal memasang 1,757 unit lampu jalan di seluruh negeri bermula minggu depan.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menzahirkan sukacita baginda kerana TNB adalah antara penyumbang terbesar zakat perniagaan kepada MAIPs, dengan sumbangan sebanyak RM1.2 juta pada tahun lepas. – BERNAMA

Kategori