• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Mexico Temui Telaga Minyak Baharu

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEXICO – Syarikat minyak Sierra Oil and Gas mengumumkan penemuan sebuah medan minyak di pantai tenggara Mexico, yang dianggarkan menyimpan rizab di antara 1.4 bilion dan 2 bilion tong.

Syarikat minyak Mexico itu dalam satu kenyataan berkata telaga Zama 1 yang terletak di Blok Tujuh, di luar pantai Tabasco didapati mengandungi jumlah simpanan minyak yang banyak ketika penggerudian kali pertama dilakukan.

Penggerudian telaga minyak yang terletak 60.5 kilometer dari pelabuhan Dos Bocas, Tabasco itu dimulakan 21 Mei lalu, pada kedalaman 166 meter.

Menurut kenyataan itu, platform penggerudian Ensco 8503 yang memiliki teknologi penerokaan paling canggih digunakan bagi menjalankan operasi di kawasan ini.

Sebaik sahaja penilaian sasaran utama selesai, operasi penggerudian akan dimulakan di kawasan sasaran kedua yang lebih dalam iaitu terletak pada 4,300 meter, kata kenyataan itu.

Penemuan terbaharu melibatkan Zama 1 adalah yang pertama dibuat di bawah Pembaharuan Tenaga Mexico dan merupakan penemuan paling penting di Teluk Mexico sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – BERNAMA

Tags: minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

19/04/2026
0

SEREMBAN – Malaysia sememangnya memiliki minyak, namun bekalan dalam negara masih belum mencukupi untuk memenuhi keseluruhan permintaan domestik. Naib Pengerusi...

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd