• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

oleh Mynewshub
18/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam negara mencukupi sebelum mempertimbangkan bantuan kepada negara sahabat.

Berucap pada Majlis Perasmian Terminal Baharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini, beliau berkata Malaysia tidak menolak kemungkinan membantu rakan antarabangsa, namun ia tertakluk kepada lebihan bekalan dalam negara.

Menurut beliau, perkara itu turut dibangkitkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese yang melakukan lawatan ke Malaysia baru-baru ini, melibatkan kerjasama berkaitan petrol, diesel serta baja.

“Perdana Menteri Albanese dari Australia datang ke Malaysia dua hari yang lalu meminta kerjasama berkaitan minyak petrol, diesel dan juga baja.

“Jawapan saya, jangan rakan-rakan keliru. Kita boleh bantu negara sahabat, tetapi tumpuan kita ialah keperluan negara kita. Ada lebih kita bincang bantu. Tak ada lebih tak bantu. Itulah yang keputusan kita buat,” katanya.

Tambah beliau, setakat ini bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi sekurang-kurangnya untuk tempoh Mei dan Jun, dan sebarang eksport tambahan hanya akan dipertimbangkan sekiranya terdapat lebihan.

Mengulas kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan hubungan rapat Malaysia dengan Australia, Anwar menjelaskan ia melibatkan kepentingan strategik negara, khususnya dalam sektor pertanian dan tenaga.

Katanya, Malaysia memerlukan bekalan baja fosfat dari Australia bagi memastikan kelangsungan pengeluaran ladang, terutama ladang kelapa sawit termasuk yang diusahakan oleh Felda yang melibatkan ratusan ribu keluarga.

“Kalau mereka tidak bekalkan, pengeluaran ladang kita akan terjejas. Pada masa sama, mereka juga memerlukan urea daripada kita. Jadi, ini hubungan dua hala yang saling memerlukan,” jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa sebahagian proses berkaitan industri minyak negara turut melibatkan kemudahan di Australia.

Justeru, hubungan baik perlu dikekalkan bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap rantaian bekalan.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan bahawa pendekatan rundingan secara bijaksana dan hubungan antarabangsa yang kukuh amat penting dalam memastikan kepentingan negara terus terpelihara.

“Bila kita runding, kalau dia minta minyak kita tidak akan jawab tidak boleh bagi. Kita jawab Insya-Allah kalau ada lebihan kita bagi daripada jawab tidak akan bagi.

“Mana tahu kalau dua tiga bulan lagi ada lebihan kita pertimbangkan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Video/Foto: Akaun media sosial Anwar Ibrahim

 

Tags: AustraliabantuDatuk Seri Anwar IbrahimLebihanminyakPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Hanya 15 Peratus Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Diesel, “Saya Buat Kajian Semalam” – PM Anwar

Hanya 15 Peratus Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Diesel, “Saya Buat Kajian Semalam” – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kenaikan harga diesel memberi kesan kepada sebahagian rakyat, namun mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd