• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Malaysia sememangnya memiliki minyak, namun bekalan dalam negara masih belum mencukupi untuk memenuhi keseluruhan permintaan domestik.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar mendakwa, penggunaan minyak dalam negara kini mencecah sekitar 700,000 tong sehari.

Dakwa beliau, angka itu jauh lebih tinggi berbanding pengeluaran domestik yang hanya sekitar 350,000 tong sehari, menyebabkan kira-kira 50 peratus keperluan minyak negara terpaksa diimport dari luar.

“Daripada jumlah import tersebut, hampir 40 peratus melalui Selat Hormuz yang kini terjejas akibat konflik peperangan, sekali gus memberi kesan kepada rantaian bekalan global,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau seterusnya mendakwa, situasi tersebut yang menjadi antara faktor utama kenaikan harga petrol dan diesel di pasaran.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih menanggung subsidi yang besar, dianggarkan hampir RM7 bilion setiap bulan, bagi memastikan majoriti rakyat dan perniagaan tempatan terus menikmati harga bahan api yang lebih rendah.

“Melalui subsidi ini, rakyat masih dapat menggunakan petrol pada harga sekitar RM1.99 seliter serta menerima pelbagai bentuk bantuan subsidi diesel,” ujarnya.

Justeru, dakwa beliau, isu sebenar yang perlu diberi perhatian adalah ketidakcukupan bekalan minyak domestik untuk memenuhi keperluan negara secara menyeluruh

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Arul Kumar Jambunathan

Tags: Arul KumarExco Kerajaan Negeri SembilanMalaysiaminyakNaib Pengerusi Kebangsaan DAPPermintaanTidak cukup
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia juga wajar mengharamkan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan setiap syarikat komputer gergasi, syarikat kecerdasan...

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

Malaysia Terima Sistem Anti-Dron RM40 Juta Daripada Jepun – Khaled Nordin

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menerima bantuan sistem pertahanan anti-dron bernilai kira-kira RM40 juta daripada Jepun menerusi program Bantuan Keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd