• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang lelaki maut ditetak manakala isterinya parah dalam kejadian samun bersenjata di rumahnya di Taman Bukit Terendak Sungai Udang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata kedua-dua mangsa yang berusia 60 dan 59 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di rumah mereka kira-kira 8.45 malam.

“Sebaik tiba di rumah mangsa, kita menemui mangsa wanita berada dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut kita turut menemukan mangsa lelaki berada dalam keadaan tertiarap berlumuran darah.

“Siasatan lanjut ke atas mangsa lelaki mendapati beliau telah meninggal dunia dan terdapat kecederaan di bahagian leher dipercayai menggunakan objek tajam namun senjata yang digunakan masih belum ditemui,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa wanita berkenaan yang mengalami kecederaan parah di bahagian mulut kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka dan kini menjalani pembedahan bagi kecederaan yang dialaminya.

Katanya menurut siasatan awal, kejadian itu bermotifkan samun dan bunuh namun pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan lanjut di rumah mangsa serta menunggu pengesahan daripada keluarga mereka.

Afzanizar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan 320 kanun sama kerana melakukan rompakan sehingga menyebabkan kecederaan dan membunuh.

Beliau berkata susulan kejadian itu, kira-kira pukul 10.30 malam tadi, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun berhampiran kawasan perumahan mangsa bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

“Kita akan memohon perintah reman ke atas lelaki itu hari ini untuk membantu siasatan kes,” katanya. – BERNAMA

Tags: mautrompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd