• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Pegawai Kastam Sarawak Kes Rasuah

oleh AK-47
08/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kastam di Sarawak kerana disyaki meminta rasuah daripada sebuah syarikat bagi memudahkan proses pengeksportan bahan-bahan ‘piping and associated facilities’ ke luar negara.

Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 53 tahun itu ditahan di hadapan sebuah hentian bas di Bintulu, Sarawak pada 10.32 petang semalam.

“Perbuatan suspek terbongkar selepas orang awam membuat laporan kepada SPRM dan mengadu lelaki itu meminta wang berjumlah ribuan ringgit untuk proses melepaskan barangan eksport.

“SPRM sudah bertemu dengan wakil syarikat yang menjadi mangsa untuk mendapatkan maklumat dan mendapati suspek telah meminta RM42,985 (US$10,000) bagi memudahkan pengeksportan bahan berkenaan,” kata sumber itu di sini.

Sumber itu berkata SPRM kemudian bekerjasama dengan syarikat berkenaan dalam satu operasi dan suspek dapat diberkas bersama-sama wang tunai berkenaan.

SPRM turut merampas dua telefon bimbit dipercaya milik suspek yang digunakan dalam urus niaga berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu sekiranya mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini.

“Selain itu, kemungkinan lebih ramai akan dipanggil sekiranya perlu bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan,” katanya.

Azam berkata suspek direman sehingga Rabu depan dan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Disaran Aktif Dalam Pelbagai Aktiviti

Next Post

Asia Berdaya Tahan Selepas Krisis Kewangan

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

Asia Berdaya Tahan Selepas Krisis Kewangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd