Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Melaka Antara 18 Kawasan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak...

Tindakan Spontan Penonton Luar...

Tindakan spontan orang ramai yang hadir menonton konsert seperti memeluk bukan menjadi bidang...

51 Pemandu Guna Lorong...

MELAKA - Seramai 51 daripada 56 pemandu yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di...

Sabah Aktifkan Jawatankuasa Pengurusan...

KOTA KINABALU : Sabah mula mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi berdepan sebarang...

Warga Emas Disaran Aktif Dalam Pelbagai Aktiviti

SEREMBAN – Warga emas disaran bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti dan teruskan memberi sumbangan walaupun pada usia tua, kata Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti), Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Beliau berkata tanggapan masyarakat bahawa apabila seseorang itu memasuki usia 60 tahun ke atas, mereka harus bersara dan berehat di rumah perlu diubah kerana mereka masih mampu memberi sumbangan.

“Saya mahu warga emas yang terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela agar terus bekerjasama dan saling bersatu padu untuk manfaat bersama,” katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Warga Emas 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan banyak memberi bantuan kepada warga emas di negeri ini, malah Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk demi kesejahteraan golongan itu.


Pada majlis anjuran Persatuan Kebajikan Usia Emas Negeri Sembilan dengan kerjasama Pekerti, Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan dan Klana Resort Seremban itu, Salbiah turut menyampaikan sumbangan daripada Pekerti sebanyak RM5,000 kepada persatuan terbabit. – BERNAMA

Kategori