• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejarah Politik Masa Lalu Perlu Diingati – Salleh

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejarah politik masa lalu perlu sentiasa diingati kerana terdapat pelbagai kesilapan yang perlu diperbetulkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata politik yang kelam pada masa lalu tetap berharga untuk dikenang dan diingati sebagai panduan untuk rakyat lebih bijaksana dalam meniti masa depan.

“Pertanyaannya, jika kita tidak mahu melihat politik masa lalu, bagaimanakah kita mahu menjadikan pengalaman lepas untuk memandang masa depan yang lebih baik?

“Kes BMF (Bumiputra Malaysia Finance), Memali, Operasi Lalang, Forex, penswastaan MAS, krisis kewangan 1997, kes liwat Anwar Ibrahim, kes pencabulan demokrasi, kes pemecatan Ketua Hakim Negara, apakah kita boleh melupakannya begitu sahaja?,” kata Salleh menerusi catatan terbaru di laman blog beliau, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas perdana menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melupakan politik masa lalu bagi melihat masa depan politik Malaysia yang lebih baik.

Salleh berkata sejarah adalah guru kehidupan dan melupakan sejarah adalah bagaikan membuang aset berharga negara kerana ia menjadi rujukan penting untuk generasi akan datang.

“Jika kita tidak belajar daripada sejarah masa lalu, maka kita tidak akan melangkah maju ke depan kerana kita berpotensi untuk mengulanginya semula,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd