• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Bertemu JDT Tanpa Dua Pemain Utama

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pasukan Ngap Sayot bakal berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa dua pemain utamanya, Demerson Bruno Costa dan Mohd Hairol Mokhtar yang masing-masing cedera dan digantung.

Perlawanan di antara pendahulu Liga Super itu dan Sarawak akan diadakan Sabtu ini di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Johor.

Jurulatih pasukan Sarawak David Usop berkata kecederaan yang dialami Demerson serius dan mungkin terpaksa berehat beberapa minggu manakala Mohd Hairol dibuang padang semasa perlawanan Liga Super menentang Felda United malam semalam.

Seorang lagi pemain import Sarawak, Matthew Roskan tidak begitu cergas kerana baru pulih daripada kecederaan.

“Saya menjangkakan perlawanan yang sangat sukar menentang JDT memandangkan Demerson dan Mohd Hairol serta Roskam tidak berada dalam barisan permulaan,” katanya.

Usop juga tidak berpuas hati dengan tindakan Mohd Hairol sehingga dilayangkan kad merah.

“Pasukan memerlukan pemain berpengalaman seperti Mohd Hairol. Penggantungannya melemahkan pasukan,” katanya.

Sarawak tewas 0-4 kepada JDT pada perlawanan Piala Malaysia dan kalah 1-3 dengan Felda United pada perlawanan Liga Super di Stadium Negeri di sini malam semalam.

Usop mengakui pertahanan Sarawak agak lemah dan penyerang muda mereka tidak tangkas di hadapan gol serta tidak dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Roskam.

Sarawak berada pada kedudukan ke-10 dengan 14 mata. Ngap Sayot kini berusaha untuk terus bertahan dalam Liga Super. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd