• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sah 3 Negeri Pembangkang Belum Ikrar Bebas Rasuah

oleh
12/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika dengar cakap mereka seperti berdegar-degar konon mahu tolak korupsi dan minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera mengambil tindakan!

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan tiga buah negeri dikuasai pembangkang iaitu Selangor di bawah Pakatan Rakyat, Pulau Pinang (Pakatan Harapan) dan Kelantan (PAS).

Itu sindiran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad terhadap tiga kerajaan negeri terbabit yang masih lagi belum memberikan sebarang komitmen serius untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sehingga kini.

Ini kerana selepas tiga bulan Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) dilancarkan oleh SPRM, semua negeri diperintah Barisan Nasional (BN) telah selesai menandatangani ikrar itu tetapi tidak Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Menurut Dzulkifli, program IBR adalah bersifat sukarela bagi melihat keprihatinan semua jentera kerajaan negeri dalam memastikan pentadbiran di negeri masing-masing bebas unsur rasuah dan elemen salah guna kuasa.

“Kerajaan negeri sepatutnya perlu menunjukkan contoh daripada semua peringkat kerana menerusi IBR, ia membuktikan komitmen sesebuah institusi sebagai salah satu usaha untuk memerangi gejala rasuah,” katanya.

Dzulkifli berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Gerah yang semakin mendapat sambutan positif masyarakat di Lobi Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, Hospital Kuala Lumpur di sini.

Untuk rekod, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kini berdepan dakwaan salah guna kuasa di mahkamah atas skandal hartanah di negeri itu tetapi hingga belum melepaskan jawatan sebagaimana pemimpin BN sendiri.

Di Selangor, pelbagai pihak sudah beberapa kali melaporkan penyelewengan Menteri Besarnya, Azmin Ali atas pelbagai kes manakala di Kelantan, banyak projek rakyat dirancang kerajaan negeri ‘tersadai’ tanpa penyelesaian.

Ini tidak termasuk kes pembalakan kontroversi di kawasan Orang Asli di Gua Musang, malah kerajaan pusat pula lebih banyak membantu kebajikan rakyat termasuk projek prasarana awam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Atau Suami? – Gadis Terkilan Tindakan Bapa

Next Post

H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak

Related Posts

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

02/07/2025
0

Kota Kinabalu: Pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki meminta dan menerima rasuah...

Next Post

H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd