KANGAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Perlis menyediakan dana sebanyak RM300,000 tahun ini bagi membantu usahawan muda memula dan mengembangkan perniagaan di bawah program Agropreneur Muda.
Pengarahnya, Shahrizan Sudiman berkata Fama juga menggalakkan usahawan perniagaan bergerak seperti usahawan trak makanan merebut pelu ng kemudahan pembiayaan tersebut.
“Pembiayaan Agropreneur Muda ini terbuka kepada usahawan siswazah dan bukan siswazah berumur 40 tahun ke bawah merangkumi sektor pertanian dan industri asas tani seperti pengeluaran makanan, tanaman, ternakan, perikanan, dan pemasaran.
“Penglibatan golongan muda dalam sektor ini masih rendah walaupun pembiayaan pinjaman termasuk pemberian peralatan perniagaan, mesin, bahan mentah dan modal pusingan perniagaan tanpa faedah,” katanya.
Sharizan ditemui pada majlis Pautan Kasih Mesra Pelanggan sempena Hari Raya Aidilfitri di perkarangan pejabat agensi itu di sini, hari ini.
Mnteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man serta beberapa anggota exco kerajaan negeri turut hadir.
Shahrizan berkata ramai usahawan tertutamanya yang menggunakan trak makanan untuk berniag tidak mengetahui mengenai dana tersebut.
Katanya pada tahun lepas seramai 25 usahawan Agropreneur Muda telah memanfaatkan dana sebanyak RM200,000 yang disediakan untuk memula dan meluaskan perniagaan trak makanan mereka.
“Pemohon-pemohon yang berjaya mendapat bantuan Fama akan diberi latihan termasuk mengikuti usahawana yang berjaya,” kata Shahrizan dan menambah mereka yang berminat boleh memohon dengan menghubungi talian 04-9761513.” – BERNAMA