• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14 Medan Terbaik UMNO, BN Rampas Selangor

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah medan terbaik bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali merampas Selangor selepas dua penggal tewas kepada pakatan pembangkang.

Ahmad Zahid, yang menjalan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, berkata untuk merealisasikan matlamat itu, para pemimpin UMNO dan BN Selangor perlu mengelak sengketa sesama sendiri serta sentiasa menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang.

“Saya kena akui hakikat permasalahan dalaman (parti) menyebabkan kita kecundang dua kali (di Selangor) sebab kita melayani rasa tidak puas hati dalam kalangan kita melebihi rasa mahu kebersamaan kita.

“Inilah masanya, inilah waktu terbaik untuk rampas semula Selangor,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat di sini, hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata segala pembangunan yang rakyat kecapi di Selangor adalah hasil usaha gigih pimpinan BN.

“Lebih 73 peratus FDI (pelaburan langsung asing) dibawa oleh kerajaan BN … kita yang membawa pembangunan Selangor dahulu,” katanya.

Sambil terus mengingatkan anggota UMNO supaya menghentikan semua pertelingkahan dalaman, Ahmad Zahid berkata usaha memenangi semula kerusi Parlimen dan DUN daripada tangan pembangkang dapat diterjemahkan apabila kepimpinan UMNO di semua peringkat bersatu.

“Kekalahan kita sebab banyak membuang masa melayani permasalahan dalaman dan ketidakpuasan hati dalam kalangan kita. Era itu telah berlalu.. noktah harus diletakkan atas persengketaan dalaman itu.

“Mulai hari ini, kita lupakan titik-titik hitam yang berlaku. Kita letakkan titik titik merah sebagaimana merahnya kita hari ini,” katanya dengan penuh semangat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd