• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjuran Sukim Wajar Diteruskan – TPM

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Penganjuran Sukan India Malaysia (Sukim) dilihat wajar diteruskan bagi mengetengahkan lebih ramai atlet kebangsaan berbakat dalam kalangan ​kaum India, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi menarik minat generasi muda masyarakat India menceburi gaya hidup sihat, kerajaan bersedia memberi sokongan daripada pelbagai aspek.

Ini kerana, beliau berkata sukan mampu mengubah gaya hidup negatif terutama dalam kalangan remaja yang semakin membimbangkan.

“Acara Sukim ini wajar dijalankan secara konsisten, termasuk penglibatan bersama daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta badan korporat.

“Selain itu, saya harap ia sebagai platform bagi mencari bakat muda dalam menceburi sukan dan rekreasi selain sebagai salah satu tempat untuk mengasah bakat. Malah gaya hidup yang tidak sihat dewasa ini perlu ditangani dan pelaksanaan ini adalah wajar,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ketika merasmikan Sukim 2017 di Kompleks Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City di sini hari ini, yang disertai 1,800 atlet serta 500 pegawai dari seluruh negara.

Turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan dan Pengerusi MIC Perak Datuk V. Elango.

Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Dr Subramaniam selaku Presiden MIC serta Yayasan Sukan dan Kebudayaan India Malaysia atas kejayaan penganjuran Sukim 2017 yang kini memasuki edisi ke-empat.

Pada sidang media kemudian, Dr Subramaniam berkata aktiviti sukan juga dimasukkan dalam pelan pembangunan kaum India di negara ini, kerana ia mampu mengubah persepsi negatif terhadap generasi muda yang sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.

“Kalau kita nak tukar persepsi kepada yang positif, kita kena membuka saluran-saluran lain seperti sukan dan kebudayaan.

“Generasi muda secara sendirinya mereka mempunyai kecenderungan melibatkan diri dalam bidang-bidang ini. Senang untuk menarik minat mereka,” katanya.

Justeru, beliau berkata pihaknya akan menggunakan landasan itu sebaiknya bagi menarik minat remaja dalam meningkatkan penglibatan mereka, ​selain membangunkan generasi muda yang mempunyai gaya hidup sihat.

Dr Subramaniam turut melahirkan hasrat menerusi penganjuran Sukim, ia dapat mengembalikan semula kegemilangan masyarakat India dalam sukan pada tahun 60-an dan 70-an,

Sukim 2017 yang bermula 3 Julai hingga Ahad ini, mempertandingkan 11 jenis sukan iaitu olahraga, bola sepak, skuasy, silambam, bina badan, taekwondo, karate, tenis, badminton, hoki dan kabaddi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiSukim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd