• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Thai Tingkat Perangi Seludup Dadah

oleh Ahmad Albab
06/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Langkah mempertingkat usaha memerangi aktiviti penyeludupan dadah akan menjadi agenda utama dalam mesyuarat tahunan dua hala antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia minggu depan.

Bandar raya Chiangrai di utara Thailand yang terletak di pinggir kawasan ‘Segitiga Emas’ sengaja dipilih untuk menjadi tuan rumah mesyuarat itu bermula daripada 11 hingga 14 Julai.

“Kami mengadakan mesyuarat di Chiangrai kerana kami mahu menunjukkan kepada rakan sejawatan kami dari Malaysia mengenai landskap penyeludupan dadah di Segitiga Emas dan laluan penyeludupannya agar mereka dapat melihat sendiri apa wajah sebenar Segitiga Emas,” kata Ketua Pegawai Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB), Sirinya Sitdichai kepada Bernama.

Kawasan Segitiga Emas merangkumi utara Myanmar dan Laos yang terkenal sebagai wilayah pengeluaran dadah utama dunia sejak berdekad lalu.

Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNODC) menganggarkan candu terus dihasilkan pada peringkat tinggi di Segitiga Emas di Laos dan utara Myanmar yang mempunyai ladang seluas 60,000 hektar yang mengeluarkan 20 peratus bekalan global.

Segitiga Emas turut semakin menjadi kilang terbesar dunia bagi penghasilan dadah sintetik.

Menurut Sirinya yang akan mengetuai delegasi Thailand ke mesyuarat itu, Malaysia akan diketuai Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat dua hala itu tahun lalu.

“Kami akan berbincang (di Chiangrai) masalah penyeludupan dadah selain kerjasama dalam perkongsian risikan,” katanya dan menambah mesyuarat itu akan turut dihadiri Biro Penindasan Narkotik Thailand (NSB) dan pihak polis sempadan selatan.

Malaysia dan Thailand akan meneroka segala bentuk kerjasama bagi memerangi masalah dadah antara kedua-dua negara, kata Sirinya. – BERNAMA

Tags: Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd