• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Hari Kayuh Basikal Nak Sambut Raya Dengan Ibu

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA beradik sanggup mengayuh basikal sejauh kira-kira 570 kilometer semata-mata mahu menyambut Aidilfitri bersama ibu mereka di Tangerang, Indonesia.

Media tempatan melaporkan Okta, 15, dan dua adiknya, Rizal, 13, serta Aslam, 10, menunggang basikal selama lima hari dari rumah nenek mereka di Indralaya, Ogan Ilir, Sumatera Selatan.

Ketiga-tiga remaja itu tinggal bersama nenek mereka manakala ibu mereka difahamkan bekerja di Jakarta.

Menurut Okta, mereka bertekad menunggang basikal untuk bertemu ibu kerana wanita itu tidak dapat pulang ke kampung untuk sama-sama menyambut Aidilfitri.

“Berbekal sedikit wang yang diberi nenek dan pakaian, kami memulakan perjalanan ke Tangerang, Sabtu lalu.

“Pada sebelah malam kami tidur di stesen minyak dan meneruskan semula perjalanan pada awal pagi,” kata Okta memetik Detik.com.

Difahamkan, mereka memulakan perjalanan dengan berbekalkan hanya Rp 150,000 iaitu kira-kira RM48.

Kisah tiga beradik berkenaan menyentuh hati pengguna media sosial di Indonesia selepas seorang pengguna memuat naik gambar mereka di laman sosial.

Kata Okta, sejak itu ramai pengguna jalan raya menawarkan untuk menumpang mereka dan ada yang memberikan wang.

Rentetan tersebar kisah meraka, pihak ASDP Indonesia, Ferry memutuskan untuk menghantar ketiga-tiga adik beradik ini dari Pelabuhan Merak, Banten hingga sampai rumah mereka di Cileduk, Tangerang.

“Ketiga beradik itu diberikan makan dan kami tumpangkan mereka dengan menaiki kapal secara percuma. Saya begitu simpati dengan nasib mereka yang sanggup berbasikal dari Indralaya selama berhari-hari,” kata Ferry.

Ketiganya beradik itu tiba di rumah pada Khamis dan menurut Okta, mereka tidak akan mengulangi perbuatan itu kerana ia sangat berbahaya dan adalah lebih selamat jika menggunakan pengangkutan awam. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiakemiskinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd