• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Kutip Lebih 56 Bilion Cukai Awal Julai 2017

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip cukai berjumlah lebih RM56 bilion sehingga awal Julai tahun ini, mengatasi kutipan sebanyak RM55 bilion yang dicatatkannya dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pencapaian tersebut sekali gus memberi keyakinan LHDN mampu mencapai sasaran RM127.7 bilion kutipan cukai yang ditetapkan kerajaan tahun ini.

“Melalui rekod yang dicatatkan ini, sekali gus menidakkan kata-kata yang sebelum ini mengatakan hasil negara kita makin berkurangan dan ianya adalah tidak berasas,” katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran LHDN, di sini, hari ini.

Mohd Irwan berkata perkembangan ekonomi negara juga menunjukkan peningkatan dari segi pelaburan manakala aliran masuk dana luar ke dalam pasaran saham serta bon-bon kerajaan semakin mengukuh.

Malahan, katanya, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) juga meningkat dan kini berjumlah lebih US$98 bilion (US$1=RM4.3).

Beliau berkata Malaysia turut mendapat banyak pengiktirafan indeks dan penarafan yang baik yang meletakkan negara sebagai salah sebuah destinasi pelaburan terpenting atau pilihan utama.

“Malahan banyak lagi syarikat antarabangsa yang datang merisik untuk melabur di negara kita, jadi, kita harus membuat pilihan yang tepat terutamanya syarikat yang mampu membawa teknologi tinggi tanpa kebergantungan tenaga kerja yang banyak dari segi pekerja migran (pekerja asing),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata LHDN yakin dengan pemantapan program pencukaian yang dilaksanakannya jumlah sasaran kutipan cukai yang ditetapkan kerajaan mampu dicapai.

Selain itu, katanya, agensi tersebut kini sedang meningkatkan aktiviti pengauditan dan penyiasatan cukai kepada warga asing yang menjalankan perniagaan tetapi gagal melaporkan pendapatan kepada LHDN.

“Mereka ini kita dapati banyak menjalankan perniagaan terutama sekali di Lembah Klang terutamanya dalam perniagaan restoran, runcit serta pelancongan,” katanya.

Mengenai Ops Kutip, Sabin berkata setakat ini LHDN telah berjaya mengutip 25 peratus daripada RM225 juta cukai tertunggak dan yakin mampu mencapai kutipan sekurang-kurangnya 90 peratus menjelang akhir tahun ini. – BERNAMA

Tags: LHDNTan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd