• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lelaki Kulit Kayu’ Dipulau Penduduk Kampung

oleh Ahmad Albab
03/07/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WEIHUI (China) – Seorang lelaki dipulau penduduk kampungnya selepas menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan kulitnya menjadi kasar seperti kulit kayu.

Li Xitian, 58, yang tinggal di sebuah kampung di Weihui di wilayah Henan mengalami penyakit ganjil itu selama lebih 30 tahun.

Kerana keadaan kulitnya yang kasar dan merekah penduduk kampung menggelar Li sebagai ‘Lelaki Kulit Kayu’.

Kerana bimbang penyakit itu berjangkit, penduduk kampung enggan bertemu Li dan memencilkan lelaki berkenaan.

Li yang tidak berkahwin membina sebuah rumah di satu kawasan terpencil di kampung itu supaya boleh hidup dengan aman.

Lelaki itu berkata, penyakit itu bermula selepas kulit kepalanya luka semasa menggunting rambut ketika berusia dalam lingkungan 20 tahun.

Sejak itu, luka berkenaan menjadi kasar dan mula merebak di kepala hingga ke badan dan kaki.

“Saya pergi hampir ke seluruh negara untuk mencari penawar penyakit ini tetapi doktor hanya mampu mengurangkan kesannya.

“Saya sudah menghabiskan semua wang simpanan untuk berjumpa doktor dan kini hidup dengan bantuan kerajaan,” katanya.

Doktor memberitahu, Li kemungkinan mengalami penyakit psoriasis yang teruk – satu keadaan genetik yang berpunca daripada faktor persekitaran.

Dalam kebanyakan kes, penyakit yang tiada penawar itu hanya menyebabkan tompok merah pada kulit tetapi Li mengalami keadaan yang lebih teruk. – Agensi/myMetro Online

Tags: lelakiPenyakit kulit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd