• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Berambut Palsu Keriting Pijak Wanita Mati

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seorang lelaki ditangkap selepas dirakam memakai rambut palsu keriting dan memijak mati seorang wanita di rumahnya di Muang berhubung pertengkaran hartanah, Khamis lalu.

Suparb Khongkaset, 48, dari daerah Phunphin di Surat Thani ditangkap kelmarin selepas menghilangkan diri sejak Khamis lalu susulan kejadian itu, kata ketua polis Surat Thani Major Jeneral Apichart Boonsrirote.

Menurutnya, suspek ditahan atas tuduhan bunuh selepas polis memperoleh bukti kukuh mengaitkannya dengan kematian Nantha Chanthana, 66, di rumah mangsa.

Rakaman kamera keselamatan di rumah mangsa menunjukkan seorang lelaki memakai rambut palsu keriting memijaknya sehingga mati sebelum meninggalkan lokasi itu pada petang Khamis.

Mayat Nantha ditemui pada lewat hari sama dengan tangannya diikat di belakang menggunakan tali manakala kaki diikat dengan selimut serta tuala.

Satu lagi selimut digunakan untuk melilit mulut dan leher mangsa.

“Suspek pada mulanya menafikan pembabitannya, tetapi wajahnya jelas kelihatan dalam rakaman kamera keselamatan,” kata Boonsrirote.

Menurutnya pertengkaran berlaku disebabkan rumah berkenaan yang dibeli Nantha melalui kakak serta abang ipar suspek ketika lelaki itu menjalani hukuman penjara kerana bunuh dan tipu.

Mangsa dilaporkan enggan menyerahkan semula kediaman itu walaupun pasangan terbabit menawarkan membayar semula wangnya menyebabkan suspek berang. – Agensi/myMetro Online

Tags: kes bunuhWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd