• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama TH, STC Mudahkan Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Tabung Haji (TH) menjalinkan kerjasama dengan syarikat ​​​​​Saudi Telecommunications Company (STC) bagi memberi kemudahan perkhidmatan kad sim prabayar kepada jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1438 Hijrah.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Musim Haji 1438 Hijrah, Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata persefahaman itu bagi memudahkan jemaah haji Malaysia berhubung dengan keluarga masing-masing di tanah air, semasa berada di Tanah Suci.

Beliau berkata proses pembelian dan pendaftaran kad sim prabayar adalah berbeza untuk setiap syarikat telekomunikasi di Arab Saudi.

“Syarikat-syarikat telekomunikasi ini menyediakan gerai atau kiosk, masing-masing berdekatan dengan semua bangunan penginapan tempat tinggal jemaah haji Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil persefahaman dengan STC itu, proses membeli kad sim prabayar lebih mudah untuk mendaftar nombor telefon bimbit jemaah haji Malaysia.

Katanya jemaah haji hanya perlu membawa Lencana Pengenalan Haji untuk mendaftar bagi mendapatkan nombor talian STC di gerai atau kiosk yang berada berdekatan dengan semua bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Madinah dan Makkah.

“Nombor pasport jemaah yang tercatat di Lencana Pengenalan Haji akan digunakan untuk proses pendaftaran, dan petugas STC akan mengambil cap jari jemaah di kiosk,” katanya.

Nurrin Anuwar berkata harga pembelian kad sim prabayar STC adalah SR30, namun nilai dalam kad sim berkenaan sebanyak SR25.

Beliau berkata petugas STC akan membantu jemaah untuk memasukkan kad sim prabayar ke dalam telefon bimbit jemaah bagi mengaktifkan kad tersebut.

“Apabila pengaktifan dilakukan di gerai, jemaah boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi saudara-mara di tanah air,” katanya.

Jelas Nurrin Anuwar, setiap syarikat telekomunikasi mempunyai proses pembelian kad sim prabayar berbeza, dengan memerlukan maklumat tambahan butiran pasport dan visa haji.

“Sekiranya jemaah haji mahu menggunakan kad sim prabayar syarikat telekomunikasi selain STC, kami menasihatkan jemaah haji mengambil gambar atau salinan muka surat pasport dengan butiran peribadi dan visa haji untuk simpanan. Ini kerana, pasport jemaah haji akan diserahkan kepada pihak Muassasah semasa tiba di Arab Saudi,” katanya.

Pada masa ini, beliau berkata jemaah haji digalakkan menggunakan perkhidmatan STC berikutan proses pembelian kad sim prabayar adalah lebih mudah.

Katanya syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) juga akan meneruskan perkhidmatan i-Talk yang membolehkan jemaah membuat panggilan ke tanah air pada kadar berpatutan SR1 seminit di setiap bangunan penginapan jemaah haji Malaysia.

Dalam pada itu, seorang jemaah haji Malaysia Rohani Saji, 60, dari Seremban, berkata beliau tidak menghadapi masalah untuk membeli kad sim tersebut, sekali gus memudahkannya menghubungi keluarga di tanah air. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd