• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Terus Terajui Kedudukan Liga Super

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan pasukan tercorot, Pulau Pinang, dengan 2-0 di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin di Johor malam ini.

Namun, JDT terpaksa menunggu sehingga minit ke-43 untuk membolosi gol pasukan pelawat itu menerusi sepakan pemain import baharu, Mohammad Ghaddar.

Gonzalo Gabriel Cabrera pula menjaringkan gol kemenangan JDT pada minit ke-83 untuk mengekalkan kedudukan JDT selaku pendahulu Liga Super dengan 33 mata setakat ini.

Pahang, yang mengekori JDT di kedudukan kedua liga itu, gagal mengutip sebarang mata selepas tewas 1-2 ketika berkunjung ke gelanggang Felda United FC di Stadium Tun Razak, Jengka.

Sumareh Mohamadou menjaringkan gol terpantas perlawanan seawal minit pertama buat Pahang tetapi empat minit berselang, pemain tuan rumah, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi, pula menyamakan kedudukan.

Seminit sebelum wisel penamat, Thiago Augusto Fernandes, menyempurnakan sepakan penalti untuk Felda United selepas pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin, mendapati bola terkena tangan pemain pertahanan Pahang, Mohammad Muslim Ahmad, dalam kawasan kotak penalti.

Di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, Sarawak mengutip tiga mata selepas menang 2-0 ke atas pasukan Kelantan dengan gol-gol yang dijaringkan menerusi Demerson Bruno Costa dan Mateo Roskam masing-masing pada minit ke-21 dan 35.

Sebelum itu, sepak mula perlawanan antara Kelantan dan Sarawak terpaksa ditangguhkan oleh Komisioner Perlawanan, Shahrin Ismail, selama 40 minit akibat hujan lebat dan petir.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, juara Piala FA itu gagal memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri selepas tewas tipis 2-3 kepada Perak apabila pasukan pelawat memperoleh gol saguhati pada minit ke-30 selepas Muhammad Shazwan Tajuddin tertampan masuk bola ke gol sendiri dalam usaha menyelamatkan percubaan berbahaya yang dilakukan Yaser Armando Pinto Islame.

Selepas waktu rehat, Perak menambah dua lagi jaringan melalui Mohd Nasir Bsaharudin dan Gilmar Jose Da Silva Filho masing-masing pada minit ke-47 dan 72, manakala Kedah memperoleh dua gol daripada Sandro Da Silva Mendonca (min 58) dan Liridon Krasniqi (min 84).

Di Stadium Shah Alam, PKNS FC berkongsi mata dengan Melaka melalui pemain senior, Safee Sali, yang menjaringkan gol penyamaan 1-1 dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70 selepas pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin, mengeluarkan kad merah kepada pemain pertahanan Melaka Jasmin Mecinovic yang menampan bola dalam kotak penalti.

Melaka memperoleh gol tunggal mereka melalui Felipe De Almedia pada minit ke-49.

Selangor pula memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila berjaya mencatat kemenangan 4-2 ke atas T-Team FC pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu di hadapan menerusi dua gol yang dijaringkan Muhammad Syahmi Safari pada minit ke-53 diikuti jaringan pemain import kelahiran Liberia, Forkey Doe, dua minit kemudian sebelum T-Team berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-73 oleh Dishod Sharofetdinov.

Selangor kembali melebarkan jurang jaringan menerusi Rufino Segovia Del Burgo dan Muhammad Syahmi pada minit ke-82 dan 85 sebelum T-Team dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-89 yang kemudian disempurnakan Joseph Yannick Ndjeng untuk menjadikan kedudukan 4-2 sehingga tamat permainan. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd