• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Perluaskan Tawaran Biasiswa Pendidikan Mualaf

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tertarik untuk melebarkan inisiatif dilakukan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang menawarkan biasiswa kepada mualaf bagi melanjutkan pendidikan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata usaha itu dilihat sebagai pendekatan yang cukup menarik dan murni dalam usaha membantu saudara baharu meningkatkan ilmu pengetahuan serta patut dicontohi oleh negeri-negeri lain.

“Tawaran biasiswa sedemikian kepada mualaf belum ada dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini. Justeru Jakim akan berusaha agar pendekatan yang amat baik ini dapat dikembangkan lagi.

“Saya juga difahamkan MAIPs menawarkan biasiswa kepada mualaf tanpa mengira had usia, malah pelajar berusia 40 tahun juga layak menerimanya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Semarak Kasih Syawal bersama Mualaf di Dewan 2020, di sini, malam tadi.

Othman mengulas demikian sebagai merujuk titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mengenai usaha MAIPs memberi bantuan berbentuk biasiswa kepada 50 mualaf untuk melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Sehubungan itu, Othman berkata Jakim akan membawa usul seperti dilaksanakan MAIPs itu ke persidangan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk dibincangkan.

“Kita akan meminta MAIPs membuat kertas cadangan agar ia boleh diteliti bersama pada persidangan itu nanti agar kebajikan ini dapat dinikmati oleh lebih ramai lagi saudara baharu kita,” katanya.

Terdahulu, lebih 600 mualaf dari zon utara merangkumi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dirai dalam majlis sambutan Aidilfitri itu.

Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPs dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada mereka yang diraikan. – BERNAMA

Tags: BiasiswaJakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan tindakan susulan pihak berkuasa agama selepas sesi tabayyun berhubung kandungan sebuah...

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd